Banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk majlis perkahwinan anda lebih-lebih lagi jika tarikh majlis akan berlangsung semakin hampir. Semestinya anda inginkan semuanya berjalan dengan lancar kerana ianya majlis yang paling beharga yang dapat dilakukan sekali seumur hidup. Anda mungkin akan kekurangan tidur kerana terlalu sibuk menguruskan persiapan untuk majlis perkahwinan anda dan ini mungkin boleh menyebabkan terjadinya lingkaran gelap pada bawah mata anda.
Mengamalkan minum air suam
Jadikan amalan minum air suam selepas bangun tidur setiap hari dan anda perlu minum sebanyak 8 gelas air seboleh-bolehnya pada satu hari. Amalan minumair suam turut membantu menghilangkan eyebag kerana air suam boleh buang toksik dan mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata. Anda juga diingatkan agar tidak lazimkan diri mengambil ais.
Menjadikan timun dan tomato sebagai eyemask
Timun dan tomato dapat membantu untuk mencerahkan lingkaran gelap di bawah mata anda. Di samping itu juga, kedua-dua bahan ini dapat memberi kesegaran pada mata anda yang lesu. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menghiris halus tomato atau timun dan tekapkan di kedua-dua mata anda semalaman atau 30 minit.
Tidur yang cukup
Sememangnya bakal pengantin akan menjadi amat sibuk menguruskan persiapan perkahwinan mereka, tetapi mereka perlulah menjaga tidur. Ini untuk kebaikan tubuh badan dan kesihatan juga. Masa yang diperuntukkan untuk tidur dalam sehari adalah 6-9 jam.
Elakkan minum air 1-2 jam sebelum tidur
Tidak dinafikan bahawa minum air kosong memang bagus untuk kesihatan tubuh badan tetapi jika anda minum air 1-2 jam sebelum tidur boleh menyebabkan penyimpanan air di bahagian bawah mata.
Melihat kehijauan
Terlalu lama menghadap komputer, laptop dab tv boleh menyebabkan berlakunya lingkaran gelap bawah mata. Anda boleh mengatasi masalah lingkaran gelap ini dengan mengalihkan pandangan anda pada sesuatu yang berkongsepkan kehijauan. Anda beli pokok hidup dalam pasu kecil dan letakkan di meja pejabat anda. Pokok mengeluarkan oxygen dan ianya dapat membantu anda merehatkan mata dan memberi ketenangan pada mata anda.
Uncang teh
Uncang teh juga boleh digunakan sebagai bahan untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata. Ianya turut membantu mengecutkan saluran darah dan juga mencerahkan bayang-bayang apabila diletakkan pada kulit anda. Setelah anda selesai minum air tea anda, uncang teh anda boleh diletakkan didalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 20 minit. Kemudian, anda boleh letakkan pada mata anda.
Tekapkan hirisan kentang pada mata
Jika anda tiada timun dirumah, ada juga boleh mencuba dengan menggunakan hirisan kentang untuk menggantikanya. Caranya adalah sama, anda perlu menghiris kentang anda secara nipis, kemudian letakkan beberapa minit kedalam peti sejuk.
Baking soda
Dengan menggunakan baking soda, ianya turut membantu menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Caranya ialah ambil sesudu serbuk baking soda dan larutkan dalam air suam. Kemudian, gunakan kapas dan celupkan kapas dalam larutan baking soda itu dan sapu di bawah mata anda. Amalkannya selalu dan anda dapat lihat hasilnya.