Khas buat pengembara yang berani dan mahukan lebih dari pengalaman yang biasa, kunjungilah The Island of the Dolls, Mexico.
Pulau ini dipenuhi dengan patung-patung yang bergantungan di atas pokok. Di sebalik misteri yang menyelubungi, pulau ini berjaya menarik ribuan pengunjung dari seluruh dunia.
Foto: www.news.com.au
Menurut lagendanya, misteri patung bergantungan di atas pokok bermula dengan kematian tragis seorang kanak-kanak perempuan lebih dari 50 tahun yang lalu.
Seorang lelaki bernama Santana yang menemui mayat kanak-kanak tersebut bertindak untuk menggantung patung-patung sebagai tanda sebuah kehilangan jiwa kanak-kanak yang tidak berdosa.
Santana, Foto: www.news.com.au
Santana tinggal di pulau tersebut dengan lebih dari 1500 buah anak patung termasuk Barbie yang dikutipnya dari pelbagai tempat.
Menurut pengunjung yang pernah datang ke sini, patung-patung itu dikatakan berbisik sesama sendiri dan dipercayai datang dari roh kanak-kanak perempuan yang mati itu.
Isla de las Munecas atau The Island of the Dolls ini terletak 28km ke arah Selatan dari Mexico City.
Pengunjung yang datang boleh menaiki feri dari Embarcadero Fernando Celada. Perjalanan akan mengambil masa kira-kira empat jam.
Mungkin tempat ini tidak sesuai dikunjungi oleh kebanyakan dari kita. Namun bagi pengembara berjiwa kental dan dahagakan cabaran, ayuh mulakan pengembaraanmu ke sini! -CARI |