Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa universiti kerana pasti berdepan dengan pelbagai onak dan ranjau sepanjang menjalani pengajian.
Lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan pensyarah yang bersikap perkauman dan inilah yang diluahkan oleh seorang pelajar India, Lalita Sudeshna, di laman facebooknya.
Menurut apa yang diluahkan, Lalitha dan kawannya dihina seorang pensyarah wanita yang bergelar profesor apabila dia mengatakan. "India, saya tak suka India duduk bersama-sama. Jangan bawa budaya Uni### kesini. India duduk sama-sama lepas itu akan tiru assignment dan plagiarise. Saya kenal India."
Hinaan demi hinaan dilontarkan kepada Lalita apabila pensyarah universiti awam itu mula mengarah, "You, baju merah, duduk depan sekarang. Saya akan pastikan awak dan kawan awak tak akan dapat kumpulan sama untuk buat assignment. Saya tahu India macam mana."
Pensyarah yang didakwa bersikap perkauman
Tidak disangka, seorang yang memiliki pendidikan yang tinggi dan gelaran yang dihormati masih mempunyai sikap perkauman yang tebal dalam dirinya.
Sebelum ini juga pensyarah tersebut memandang rendah kepada Lalitha kerana tidak mempercayai kemampuannya untuk menamatkan pengajian masternya.
Statusnya menjadi tular dan netizen mula membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pendapat.
Perkara ini tidak sepatuntnya terjadi jika kita mengutamakan sikap saling hormat-menghormati anatara satu sama lain. Bagaiaman pendapat anda?-CARI |