Pasangan bahagia Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor Khan tak pernah menjangkakan bahawa pilihan nama anak lelaki mereka, Taimur Ali Khan Pataudi, akan dikecam sekeras-kerasnya.
Foto: Times of India
Dari sudut lain, mereka dilimpahi dengan ucapan tahniah kerana selamat menyambut kelahiran bayi sulung yang sangat comel. Namun, dalam masa sama orang ramai bersikap 'lebih sudu dari kuah' dengan menyelar tindakan pasangan itu menamakan anak mereka sempena pemimpin empayar Moghul, Timur the Lame yang dipercayai bertanggungjawab membunuh ratusan ribu penduduk berketurunan India pada tahun 1339 selepas masihi.
portal Time of India melaporkan, dalam temu ramah bersama Delhi News baru-baru ini, Saif mendedahkan dia ada mempertimbangkan untuk menukar nama Taimur.
"Untuk seketika, saya ada terfikir untuk menukar namanya. Tetapi Kareena tak bersetuju dengan idea saya," katanya.
Foto: IG Kareena Kapoor Khan
Tambah Saif, dia tidak mahu populariti anaknya pudar dan mungkin suatu hari nanti dia akan menukar nama Taimur apabila menginjak usia satu atau dua tahun.
Kerana begitu tertekan, Saif sempat merangka sekeping nota untuk menukar nama Taimur dan menjelaskan tindakannya berbuat demikian. Namun, dia membatalkan hasratnya selepas mendapati seperti ada yang tak kena dengan alasannya itu.
Begitulah kalau dah jadi artis. Pasti ada sahaja yang tidak kena dan tidak disukai orang sekeliling. Apapun Taimur memang seorang bayi yang comel! Semoga dia membesar menjadi seorang yang baik seperti ibu bapanya. - CARI |