CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4918|Reply: 50

Asalnya Cuma Kegemaran Isteri, Kini Lelaki Ini Buka Kedai Sewa Novel

[Copy link]
Post time 21-2-2017 05:01 PM | Show all posts |Read mode
“Menyewa novel ini bukan pendapatan utama saya, hanya sebahagian daripada amalan kebajikan kepada masyarakat."


Memetik laporan malay mail online, Khairulnizam Khamis berkata, pada asalnya novel-novel itu dibeli sebagai hadian kepada isterinya Nurhafisah Harun yang merupakan seorang peminat tegar sastera popular.


Demi cinta, Khairulnizam rela menghabiskan RM5,000 untuk mendapatkan 400 buah naskhah buat isteri tersayang.


Kini, bekas tentera itu memulakan perniagaan menyewa novel popular sejak 1 Februari lepas dan setakat ini sudah mempunyai 500 koleksi novel yang diletakkan di kedai alat perkakasannya di Masjid Tanah, Melaka.


Bapa kepada lima orang anak itu berhasrat menambah jumlah novel yang dimilikinya sebanyak 2,000 naskah.


Atas sokongan isteri, tegasnya perniagaan sewa buku itu bukan satu usaha yang merugikan kerana nilai buku itu sendiri tidak pernah ditelan zaman. - CARI

sumber foto: http://www.ummi-online.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 05:07 PM | Show all posts
geli nak sewa novel takut ada org yg bawak baca novel dalam jamban masa teran berak
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih suka beli novel sebab nak dijadikan koleksi. Lagipun hat sewa sewa nih tak semua orang treat buku dengan baik. Geram tengok buku berlipat sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 05:39 PM | Show all posts
Bagus le dari biar je berabuk elok juga disewakan boleh juga tambah duit
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 05:40 PM | Show all posts
Rainrein replied at 21-2-2017 05:23 PM
Lebih suka beli novel sebab nak dijadikan koleksi. Lagipun hat sewa sewa nih tak semua orang treat b ...

risau x pulangkan je..

xkan nk letak tracking GPS kt buku kot

x berbaloi


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 05:43 PM | Show all posts
sastera ke benda novel alaf 21 tu..
harap bini dia bukan acik acik berangan hidup happily ever after...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2017 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk gila buku..
Dia ltak2 barcode ke kat setiap buku utk org sewa..sng sikit nk cek..
Msti lama duk situ nk pilih2 buku mana nk baca  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg bgus sewa dr beli. Mkin lama mkin banyak terkumpul kt umah. Slalunya kedai yg sewakan akan caj jumlah besar sbg deposit. Bila pulang br dpt blik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2017 06:08 PM | Show all posts
Edited by shuk_one at 22-2-2017 12:55 AM

dulu2 suka g sewa buku kat kedai, tapi tak tahan kena bayar full amount harga buku tu..then masa return  dia akan tolak lah 2.00 ke 5.00 ... then return balance
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 21-2-2017 05:07 PM
geli nak sewa novel takut ada org yg bawak baca novel dalam jamban masa teran berak

Laaa....tak sangka kau pun penggeli mcm akak.....


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu gambar dia ke?....

Mcm bukann je sbb dia kan askar pencen kannn...

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 21-2-2017 07:16 PM
Laaa....tak sangka kau pun penggeli mcm akak.....

kihkihkih serius teringat ingat kalo org bawak g jamban
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:29 PM | Show all posts

dari segi hakcipta cm ne lak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2017 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Big bad wolf terima tak baucar buku
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 12:14 AM | Show all posts
shuk_one replied at 21-2-2017 06:08 PM
dulu2 suka g sewa buku kat kedai, tapi tak tahan kena bayar full amount harga buku tu..then masa ret ...
owh .. kira mahal juga tu

tak pernah jumpa kedai sewa buku
selalu beli atau pinjam dari library ja

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 12:21 AM | Show all posts


http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/mulanya-tanda-cinta-isteri-kini-sewa-novel-rm2-seminggu

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Awalnya novel-novel ini dibeli atas permintaan isteri, seorang peminat tegar sastera popular, tetapi kini sebuah disewakan RM2 seminggu.

Cinta kepada isterinya itu sekarang dicurahkan sebagai sebahagian kerja kebajikan kepada peminat novel, bukan menyewa untuk mengejar keuntungan.

Khairulnizam Khamis, 44, memulakan perniagaan menyewa novel popular sejak 1 Februari lepas kerana khidmat percuma mungkin tidak dihargai orang.

“[Menyewa novel] ini bukan pendapatan utama saya, hanya sebahagian daripada amalan kebajikan kepada masyarakat.

“Tapi bukan percuma nanti tiada nilai,” katanya kepada ProjekMMO semalam.

Setakat ini bekas tentera itu sudah mempunyai 500 koleksi novel terkenal tanah air yang diletakkan di kedai alat perkakasannya di Masjid Tanah, Melaka.

Bapa kepada lima orang anak itu berhasrat menambah jumlah novel yang dimilikinya sebanyak 2,000 naskah.

Kisah bekas tentera itu yang memulakan khidmat sewa buku agak unik. Novel-novel itu asalnya dibeli sebagai hadiah kepada isterinya Nurhafisah Harun, 36.

Demi cinta, Khairulnizam rela menghabiskan RM5,000 untuk mendapatkan 400 buah naskhah.

“Isteri saya memang suka baca novel sebelum tidur,” katanya, yang mengambil masa sebulan untuk mengumpul kesemua koleksi novel yang diinginkan isterinya.

Namun, ketika mengumpul novel, peniaga perkakasan rumah itu banyak menerima maklum balas tentang harga novel daripada peminat sastera popular itu.

“Kalau RM20 sebuah, sebulan boleh baca lima, maka RM100 kena keluar,” kata bekas kapten itu lagi.

“Tetapi apabila menyewa hanya RM2, kalau lima buah buku baru RM10, jadi 90 peratus sudah boleh jimat dan boleh guna tujuan lain, terutama untuk pelajar.”


Mendapat sokongan isteri, beliau tidak merasakan perniagaan sewa buku itu usaha merugikan kerana nilai buku itu sendiri tidak pernah ditelan zaman.

“Buku tidak pernah busuk, walau kulit bersepai tapi isinya tetap sama, jadi kita cuma perlu keluar sekali saja modal, dan tiada melibatkan kos penyelenggaraan,” katanya.

** FC : kalau dah banyak kali di sewa .. tetap juga akan busuk

Khairulnizam memiliki semua novel yang diminati ramai. Walaupun sudah lama dicetak dan berada dalam pasaran, ia masih mendapat permintaan tinggi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2017 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 22-2-2017 12:14 AM
owh .. kira mahal juga tu

tak pernah jumpa kedai sewa buku

Sebenarnya sewa tu RM 2.00 je, cuma kalau bayar 2.00 je nanti org tak pulang balik. So letak harga buku dulu, lepas pulangkan nanti dia akan bg balik duit deposit tu..     , biasa i pinjam novel je  
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:37 AM | Show all posts
shuk_one replied at 22-2-2017 12:58 AM
Sebenarnya sewa tu RM 2.00 je, cuma kalau bayar 2.00 je nanti org tak pulang balik. So letak harga ...
mahal juga tu rm2 satu buku ( kedekut nyer kan )

sebab ..FC bayar rm2 untuk satu kad library .. untuk setahun ( ada 4 kad = rm8 setahun )
dan kamceng ngan akak penjaga library
selalu mintak dia order buku novel
4 buku seminggu .. terlebih lebih berbaloi kan .. lagi-lagi buku terbaru selalu nya

tapi sekarang FC selalu landing kat satu website untuk baca cerita
sebab dah jarang pergi library


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:06 AM | Show all posts
i suka beli novel dan memilki dari menyewa but  untuk jimatkan okay gak cara ni . macam konsep lib tapi berbayarlah kan.

tapi sekarang ni majalah pun dah ada e -version senang sikit
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 21-2-2017 05:40 PM
risau x pulangkan je..

xkan nk letak tracking GPS kt buku kot

Takpe jer tak pulangkan pun... akan kira cam beli sbb kita dah byr dulu harga buku tu... kalo kita return dia bagi la balance tu... kalo tak, kira hangus jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.075793 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list