Seorang pakar bedah saraf, Profesor Sam Nang mendedahkan gambar sebatang pisau yang terpacak di belakang leher pemandu teksi motosikal di Phnom Penh.
Dalam kejadian tersebut, perompak yang marah disebabkan keengganan pemandu teksi menyerahkan wang bertindak menikam leher mangsa dengan kuat sekali.
Foto: Cambodia Daily
Mangsa bernasib baik masih hidup kerana gambar X-ray menunjukkan yang pisau menembusi leher mangsa terbabas beberapa milimeter daripada saraf tulang belakang.
Menurut laporan dari Cambodia Daily, perompak menggunakan pisau dapur sepanjang lima inci.
“Pisau itu terbabas hanya satu atau dua milimeter, jika terkena lelaki itu sudah mati serta-merta,” kata Sam Nang.
Pakar mengambil masa selama 90 minit untuk mengeluarkan pisau berkenaan. -CARI
Profesor Sam Nang, Foto: Cambodia Daily
|