View: 3160|Reply: 17
|
Sesekali Ubah Selera, Ayuh Cuba Masakan Terkenal Siam Pad Thai
[Copy link]
|
|
Bagi mereka yang pernah ke Thailand, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati salah satu menu wajib cuba di sana iaitu Pad Thai.
Memang sedap, dengan rasa yang manis, masam dan masin pasti membuatkan deria rasa anda seperti 'menari-nari.'
Pad Thai juga boleh didapati dalam menu sesetengah kedai di Malaysia, namun bagi anda yang mahu mencuba untuk masaknya sendiri, ayuh cuba resepi ini.
Foto: taste.com.au
Bahan-Bahan:
Kuetiau kering
2 sudu gula perang
2 sudu asam jawa
2 sudu sos ikan
5 sudu minyak sayuran
1 biji bawang besar, lebih kurang 1 auns dan cincang halus
2 ulas bawang putih besar, cincang halus.
6 auns tofu lebih pejal, potong seakan batang mancis sepanjang 1 inci dan 1/4 inci lebar serta tebal
2 sudu udang kering
Udang/ayam/daging
2 biji telur, dipukul sebati
Perasa:
1 biji limau nipis dipotong wedges
Gula
Sos ikan
Serbuk cili merah
1/3-1/2 cawan kacang panggang dicincang
Cara-Cara:
1) Rendam kuetiau kering ke dalam air bersuhu bilik selama 30 hingga 40 minit
2) Kacau gula, asam jawa dan sos ikan sehingga larut. Ketepikan.
3) Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana tinggi. Masukkan kuetiau yang telah ditos ke dalam kuali dan tambah sos yang sudah dikacau sebati tadi.
4) Tolak kuetiau ke bahagian tepi kuali dan tambah 2 sudu besar minyak ke dalam kuali. Tuangkan bawang merah, bawang putih, lobak merah, tofu dan udang kering. Kacau selama 1 minit di bahagian sebelah kuetiau yang sedang masak (di dalam kuali yang sama).
5) Tambah udang/ayam/daging ke bahagian campuran bawang dan kacau sehingga udang menjadi separuh masak.
6) Kacau kuetiau di sekitar kuali dan membentuk lubang di bahagian tengah kuali. Tuangkan telur dan kacau telur menjadi scramble.
7) Hidangkannya dan tabur taugeh mentah serta gaul sebati. Perah limau nipis dan letakkan kacang tanah untuk lebih keenakan.
Foto: Shutterstock
Bagi mereka yang sudah jemu dengan menu biasa, apa kata cuba sajian Pad Thai yang sangat menyelerakan ini. Selamat mencuba! -CARI
Kredit resipi: Zila Nurazila |
|
|
|
|
|
|
|
1 of my peberet asalkan thai food mmg kena tekak ai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thai food is my all time favourite! |
|
|
|
|
|
|
|
tq resepi! makanan thai memang selalu kena dgn selera |
|
|
|
|
|
|
|
pebret meols selain pad kapraw dgn kao koo kaphi |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya thai food. somtam, mee celup, kerabu megi, tomyam.. yummyyy.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pad thai. Esok nak cari kat phuket. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh mintak resepi tomyam thai x? meols kempunan betui nk mkn tomyam piaww dari sana.. guna perencah yg mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam senang...nak cuba buat..love pad thai |
|
|
|
|
|
|
|
thai food sedap!!
ade ruangn share resipi thai food x? |
|
|
|
|
|
|
|
Awesome |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm senang.. nampak pon sedap.. nak try nak try buat |
|
|
|
|
|
|
|
pad thai mmg sedap gile kan..iols suka if xtra taugeh tu..mak aiii..heaven cuolsss...krup krap krup krap |
|
|
|
|
|
|
| |
|