CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3409|Reply: 48

Rebutan Presiden FAM: TMJ Sah Lawan Tan Sri Annuar Musa

[Copy link]
Post time 14-2-2017 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Sejak bulan lalu, beberapa nama dikatakan berhasrat untuk merebut jawatan presiden badan induk bola sepak negara itu bagi penggal 2017 hingga 2021 termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tan Sri Annuar Musa,Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.


Memetik laporan Bernama, kesemua calon itu diberi jangka masa sehingga kelmarin untuk membuat pengesahan berhubung pencalonan bagi jawatan masing-masing kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum berlangsungnya Kongres Pemilihan FAM ke-53 pada 25 Mac ini.


Susulan itu, petang kelmarin, Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin mengumumkan calon akhir yang sah bertanding jawatan kerusi panas itu pada sidang media di Wisma FAM.


"Dua calon yang sah akan bertanding jawatan itu adalah Tunku Ismail dan Tan Sri Annuar Musa,"


"Dua lagi calon lain tarik diri. (YB) KJ hantar pegawai untuk serah borang (tolak pencalonan) kerana beliau ada tugasan lain."


"Tan Sri Aseh pun sudah maklumkan mengenai keputusan beliau (tarik diri). "


Pada masa sama, Hamidin mendedahkan seramai empat calon turut mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden manakala sembilan calon lagi menerima pencalonan bagi merebut jawatan naib presiden.


Tegas beliau, kesemua calon yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kongres akan datang membuktikan mereka sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada peminat yang mahukan perubahan dalam bola sepak negara.- CARI

sumber foto: mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
go go go TMJ
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah tuanku sbb konfem menang. Agak2 berapa jauh tmj bole bawak bola? Pendapat aku..boleh la di hormati setakat ASEAN
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:19 AM | Show all posts
2-2 pun  tarak  boleh pakai.habis laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain dr ahli politik BN dgn anak raja,takde ke lejen2,ahli2 sukan,jurulatih2 yg berminat nak jadi presiden? Boring aku asyik kerabat je
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
hhhmmm good luck to us. aku harap tmj menang and prove he can make our fam better. bising sgt kan selama niiii......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2017 11:27 AM | Show all posts
hmm dua2 aku x setuju.. yg kj semlm bg statement kalau tmj bertanding dia xkan bertanding dah knp? dia ada isu dgn tan sri anuar musa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:32 AM | Show all posts
nikaido replied at 14-2-2017 11:25 AM
Selain dr ahli politik BN dgn anak raja,takde ke lejen2,ahli2 sukan,jurulatih2 yg berminat nak jadi ...

anak2 raja dan politician yg takreti apa2 psl persatuan dinaungi  adalah tradisi ummah dunia ke-3 hopeless yg sukar dikikis...hadap jela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 11:32 AM | Show all posts
komporm TMJ
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:58 AM | Show all posts
vote for tmj ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:01 PM | Show all posts
Edited by qumbu at 14-2-2017 12:02 PM

Ahli sukan atau pemikir/pengkritik hebat dari PAS ker DAP ker PKR ker tak nak masok tertanding ker. Balik2 orang uumemoo jer...kasi derang ler plak...kalo tak mo jawatan presiden, jawatan timbalan presiden ker atau ajk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:38 PM | Show all posts
the least option that people will vote maybe tmj...since TSAM banyak scandal lately...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:42 PM | Show all posts
TMJ lah kot setakat ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ada yg ke nk sokong nuar musa ni...manage klate pun haru.nk manage fam...dh la fam ni slalu kena maki...sng citer bg dkt org ada duit jela...vote tmj.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tmj menang mcm mana nak nyanyi fam bangsat lepas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tmj masuk FaM, kemungkinan besar dia nakmakan duit kurang,sbb dia pon mmg dh super kaya, tp kalu Bey Nuar Muso, aku rasa, Ini peluang utk buat Wang! sbb dkt MARA dh takleh buat pitih.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tmj masuk FaM, kemungkinan besar dia nakmakan duit kurang,sbb dia pon mmg dh super kaya, tp kalu Bey Nuar Muso, aku rasa, Ini peluang utk buat Wang! sbb dkt MARA dh takleh buat pitih.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ramaramu replied at 14-2-2017 11:27 AM
hmm dua2 aku x setuju.. yg kj semlm bg statement kalau tmj bertanding dia xkan bertanding dah knp? d ...

Memang kj nak bagi laluan dekat tmj pon tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyik tengok orang tua je,bagilah kat orang muda pulak pegang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 01:35 PM | Show all posts
bagus juga kalau TMJ menang.boleh tengok apa perubahan yang dia boleh bawa kepada FAM.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.064573 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list