CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3626|Reply: 36

Shahrol Shiro sambut hari bapa tahun ni

[Copy link]
Post time 13-2-2017 01:59 PM | Show all posts |Read mode


Shahrol Shiro dapat anak lelaki


Kuala Lumpur: Isteri pelawak terkenal Shahrol Shiro iaitu Nor Farhanah Syamimi, 26, selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang, Johor pada jam 9.36 pagi kelmarin.

Shahrol, 31, ketika dihubungi berkata, bayi yang belum diberi nama itu dilahirkan pra matang dengan berat hanya 2.1 kilogram.

Menurut Shahrol, kandungan Farhanah baru berusia 35 minggu dan mengikut jangkaan doktor, isterinya itu akan bersalin pada 15 Mac ini.

Bagaimanapun, Shahrol bersyukur kerana bayi dan isterinya kini sihat.

Shahrol berkata, isterinya mengadu sakit perut pada jam 4 pagi kelmarin dan kerap berulang-alik ke tandas.

“Tiba-tiba air ketubannya pecah dan Farhanah ada masa 24 jam untuk bersalin. Situasi itu menyebabkan saya panik, namun rakan-rakan menenangkan saya dan saya terus membawanya ke hospital swasta. Bagaimanapun, mereka tidak ada kemudahan yang cukup untuk menyambut kelahiran bayi dalam situasi mencemaskan itu dan saya terus membawanya ke hospital kerajaan.

“Farhanah dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 7 malam dan selamat bersalin hampir tiga jam kemudian. Sepanjang dia mengalami kontraksi sehinggalah bersalin, saya temankannya serta menyambut kelahiran bayi,” katanya.

Shahrol berkata, dia bersyukur kerana Farhanah dapat bersalin secara normal dan isterinya itu akan menjalani tempoh berpantang di rumah keluarganya di Kluang.

“Selepas berkahwin saya memang tinggal di sini (Kluang). Saya juga bercadang untuk membesarkan bayi kami di kampung kerana lebih selesa menetap di kampung berbanding Kuala Lumpur,” katanya.

Shahrol dan Farhanah berasal dari daerah yang sama dan rumah keluarga mereka jaraknya lebih kurang 10 kilometer saja.

Shahrol berkata, Farhana sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam dan Isnin ini Shahrol akan ke Kuala Lumpur sebagai persiapan menyertai program Maharaja Lawak Mega 2017 bersama Ajak mulai 17 Februari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 7:30 PM


Tahniah shahrol & isteri!

#Sorry tak tahu cemana nak tepek gambar.  Boleh tgk metro online, elok je anaknya yg tak cukup bulan tak kena quarantine dok bergambaq dengan makpaknya. Sihat walafiat kekdahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
35 minggu cukup bln la tu.. cuma x genap 9 bln 10 hari kekdahnye.. sbb anak aku lahir pon 35 minggu n elok je boleh lahir kat swasta.. baby normal 36 minggu ke atas da boleh keluar anytime..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 02:08 PM | Show all posts
wlu x cukup bulan tp cukup berat dan sihat tubuh badan, dibenarkan untuk balik dan dijaga seperti bayi yg lahir cukup bulan..
klu yang tak cukup bulan dan under weigth i.e below 1.8kg , maka akan ditahan dihospital untuk pemantauan rapi..
anak dia 2.1kg dan tiada masalah lain, sbb tu elok jer mak pak bawa bergambar bagai..

tahniah shahrul shiro!



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 02:21 PM | Show all posts
wah... tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 02:42 PM | Show all posts
tahniah shahrul shiro
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 02:44 PM | Show all posts
tajuk macam lah heols tak pernah ada anak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2017 02:47 PM | Show all posts
rosasa replied at 13-2-2017 02:44 PM
tajuk macam lah heols tak pernah ada anak

ha ah br nk kata yg sama gak, tajuk tu cam sharul pestime dpt anak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 02:49 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-2-2017 02:08 PM
wlu x cukup bulan tp cukup berat dan sihat tubuh badan, dibenarkan untuk balik dan dijaga seperti ba ...

ye ke chuols? 37w kan baby matang..35w macam belum lagi tuh

macam pelik pulak baby heols tak kena tahan kat nicu..kat tmpt hakak, kalau below 37w memang kena masuk nicu..tak lah lama..nak pantau je..maybe berat 2.1kgs tu kot doc suruh balik. kena hati2 jaga baby prem neh



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 02:50 PM | Show all posts
takayama replied at 13-2-2017 02:47 PM
ha ah br nk kata yg sama gak, tajuk tu cam sharul pestime dpt anak

khuennnnnsss...jgn pura2 lupa pula sharol
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
X tau swasta mcm mana sbb aku branak smua kt spital gomen biasanya baby sama ada yg cukup bulan @ lahir x cukup bulan pun, asal berat atas 1.8kg x kena tahan nicu.
Nicu prnah masuk sbb baby kena kuning teruk, kt sana baby yg sebesar botol air mineral yg saiz kecik tu pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:04 PM | Show all posts
rosasa replied at 13-2-2017 02:49 PM
ye ke chuols? 37w kan baby matang..35w macam belum lagi tuh

macam pelik pulak baby heols tak ke ...

anak aku 34w, 2.7kg. tak kena tahan jg, inkubator pun tak masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:08 PM | Show all posts
fish replied at 13-2-2017 03:04 PM
anak aku 34w, 2.7kg. tak kena tahan jg, inkubator pun tak masuk.

tu la akak ckp td..mungkin sebab berat lahir tu



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:10 PM | Show all posts
rosasa replied at 13-2-2017 03:49 PM
ye ke chuols? 37w kan baby matang..35w macam belum lagi tuh

macam pelik pulak baby heols tak ke ...

pengalaman aku sendiri masa dok kat spital aritu..
baby lahir 35w..berat 2.8kg..paru2 kuat..badan sihat... elok jer hari ni beranak esok dh boleh balik lepas baby berak..

yg lahir 35w tp berat 1.63kg kena masuk incubator & mak kena timbang selalu pampers & hari2 doktor monitor..
berat anak cecah 1.75kg mak beriya2 nak bawak anak balik gak atas alasan laki keje bla bla bla..
doktor x kasi balik..doktor kata, klu nak balik juga, once doktor dah signed discaj letter, apa2 berlaku lepas tu bukan tanggungjawab hospital.
klu nak baby mati, doktor tu cakap, dia boleh jer sign discaj letter..
dari 1.63kg nak cecah ke 1.75kg tu makan masa seminggu gak..
then baby tu hampir setiap masa bawah lampu..

Doktor skrg mulut lepas straight to the point jer...sorry nak cakap berlapik sbb mmg ada yang jenis degil..huhuuh



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:13 PM | Show all posts
kuzaime replied at 13-2-2017 04:02 PM
X tau swasta mcm mana sbb aku branak smua kt spital gomen biasanya baby sama ada yg cukup bulan @  ...

betul la tu..aku kat spital gomen aritu..duduk 2 minggu kat situ, mcm2 ilmu yg aku dapat...
dari mak2 dgn kakitangan spital..
alasan doktor...klu berat tak cecah 1.8kg, mmg akan dipantau untuk pastikan paru2 dia kuat untuk bernafas sendiri..
tp itupun kena tengok pada keadaan baby itu sendiri..klu dah cecah 1.8 tp masih perlukan oksigen pun, kena tahan gak..


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:15 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 13-2-2017 03:10 PM
pengalaman aku sendiri masa dok kat spital aritu..
baby lahir 35w..berat 2.8kg..paru2 kuat..badan ...

haah..rasanya kalau baby berat ok, takde jangkitan , tak la masuk nicu

anak akak no 3, berat 1.7kg lahir, 37w (sempat dexa) kena masuk nicu, sehari je dlm inkubator..pastu kena tunggu berat naik 1.8kg baru boleh balik..2 minggu jugaklah berkampung dlm tu..tu yg mcm2 kes baby hakak dah biasa tgk.. mostly tmpt akak, byk prem akan masuk kejap utk pantauan, wlw berat 2.++ kgs ..

eh dah OT sgt neh..kang kena sound pulak suruh masuk bod satu lg tu , koserrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:15 PM | Show all posts
rosasa replied at 13-2-2017 02:44 PM
tajuk macam lah heols tak pernah ada anak

same case macam achkiok gak ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 03:17 PM | Show all posts
rosasa replied at 13-2-2017 04:15 PM
haah..rasanya kalau baby berat ok, takde jangkitan , tak la masuk nicu

anak akak no 3, berat 1. ...

hahahaahaahahhah....sorry tt

thread dh kena boom dengan cerita baby pra-matang plak..kiki

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:21 PM | Show all posts
rosasa replied at 13-2-2017 02:44 PM
tajuk macam lah heols tak pernah ada anak

maksudnya, dia dah pernah kawin la before ni ek
ketinggalan ketapi betul aku ni...

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:25 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 13-2-2017 03:21 PM
maksudnya, dia dah pernah kawin la before ni ek
ketinggalan ketapi betul aku ni...

dah penah dik..ko p youtube, tengok wedding sharol neh..ada satu budak kecik lelaki..anak heols la tu..tak kan adik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah tahniah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.100506 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list