CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15521|Reply: 162

[Tempatan] Pengantin tanggung malu, caterer dakwa terlupa tarikh

[Copy link]
Post time 13-2-2017 09:47 AM | Show all posts |Read mode


TIKAM BATU - Pasangan pengantin yang meraikan hari bahagia mereka semalam kecewa dengan tindakan pihak pengusaha makanan kateringyang gagal menyediakan makanan sepertimana yang dijanjikan.

Pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Ain, 25, berkata, pihaknya telah mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan syarikat berkenaan termasuklah membayar wang keseluruhan RM9,000 sebelum majlis bermula.

Menurutnya, semasa sedang bersiap untuk ke majlis resepsi kira-kira hampir jam 12 tengah hari, dia dihubungi keluarga bertanyakan tentang makanan yang belum tiba sedangkan tetamu sudah mula memenuhi dewan di Tikam Batu.

“Bila saya hubungi tuan katering, dia bagi tahu terlupa dan sangka majlis kenduri diadakan esok (13 Februari) sedangkan di surat tempahan awal-awal lagi tertera tarikh 12 Februari 2017,” katanya dalam keadaan sebak semalam.


Disebabkan itu, sanak saudara dan tetamu jemputan yang datang seawal 11.30 pagi terpaksa menunggu hampir dua jam untuk menikmati hidangan.

Mujur tuan rumah ada menyediakan menu sampingan laksa yang pada mulanya menjadi menu petang akhirnya bertukar jadi menu utama.

"Disebabkan sedikit, hidangan laksa ini habis lebih awal. "Nasi hanya sampai kira-kira jam 2 petang, itu pun berlaukkan ayam dan sedikit lauk ikan sahaja,” katanya.

Ain berkata, pemilik katering yang dihubungi berjanji menyediakan makanan dan menghantar menu sampingan untuk majlisnya terlebih dahulu, namun mengambil masa beberapa jam untuk siap sepenuhnya sehingga ada tetamunya terpaksa pulang dengan hampa.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi majlis mendapati, lauk tambahan ayam dan daging masak hitam hanya disediakan kira-kira jam 4 petang sedangkan majlis tamat sejam kemudian.

Ain menjelaskan, dia telah membayar RM9,000 untuk menempah juadah bagi 1,400 tetamu antaranya nasi putih, nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, acar timun, bubur kacang, air dan makanan pengantin yang ditandakan percuma.

Katanya, dia dan pasangan juga menanggung malu berikutan majlis sambut menantu turut dianjurkan serentak memandangkan ia majlis perkahwinan terakhir bagi keluarga Ain dan kali pertama bagi keluarga sebelah suami.

“Kami rancang dengan sebaik-baiknya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, bukan sahaja malu dengan ahli keluarga tapi sanak-saudara dan kenalan yang datang jauh semata-mata nak menjamu selera tapi makanan lambat.

“Ada juga kawan-kawan yang bekerja terpaksa balik ke tempat kerja tanpa makan selepas masa rehat tamat, puas ahli keluarga mohon ampun dan minta maaf kepada tetamu,” katanya.

Ain berkata, hanya lauk ayam dan daging sahaja dihantar, sedangkan menu lain seperti acar timun, bubur kacang dan buah tidak dihantar sehingga jam 4 petang semalam.

Dia bagaimanapun menuntut ganti rugi atas apa yang berlaku dan mahu pihak katerer bertanggungjawab sepenuhnya.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tikam Batu berhubung kejadian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Musibat punya katering.. moga melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:58 AM | Show all posts
pelik jap... dorang tak contact caterer ke sehari sebelum majlis ke sebagai persediaan? ke ingat dah setup, tunggu hari majlis je?

tapi yg penting, report polis dah dibuat kan. sila tuntut hak anda.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:01 AM | Show all posts
agak2 la buat majlis 13haribulan. isnin kot..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:01 AM | Show all posts
oiii ada surat bagai,

memang cuai la katerer ni,

sendiri letak racun dlm bines, melayu la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:02 AM | Show all posts
apesal pihak pengantin x buat followup sehari sebelum majlis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2017 10:03 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 13-2-2017 10:04 AM

kesiannyaa..
2 hari @ sehari seblum hari majlis x contact langsung ke caterer..
benda2 ni mcam jgn ambil mudah, nak biar caterer tu ingat sendiri
ke mmg caterer kaki penipu..


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Merosakkan majlis orang .ambil balik.duit tu 100%. :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Org buat catering dia pun nak buat catering. Tarikh pun boleh lupa. Berniaga apa la ko. Mereput je la
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:04 AM | Show all posts
heran betul.

takkan takde contact apa-apa.

ehh, orang-orang neh dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:05 AM | Show all posts
duri_durians replied at 13-2-2017 09:58 AM
pelik jap... dorang tak contact caterer ke sehari sebelum majlis ke sebagai persediaan? ke ingat dah ...

tu lah....skg ni byk pulak kes mcm ni....
mana2 yg nak buat kenduri tu beringatla skg, seminggu, 2 hari, sehari calll  caterer ingatkn diorg...aku bila handle majlis kat ofis...sehari sblm tu WA remind diorg....takut nnt aku yg kena pelangkung dgn bos

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:09 AM | Show all posts
hmm musykil lak

set up barang2 caterer mcm pinggan mangkuk...tempat letak lauk..meja time kenduri ka?

buat jamuan opis utk 100 pax pun katerer set up sehari sebelum...

dah la tu tak follow up

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:11 AM | Show all posts
tak nak jugak bagitau caterer mana..
sila saman caterer habis-habisan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:11 AM | Show all posts
mesti kecoh, sb tu aku klu tempah ketering ni seminggu seblm & sehari sebelum aku yg dok call ingat kan diaorg. Klu jadi apa2 sendiri yg malu tetamu dtg tak dpt makan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:13 AM | Show all posts
awat la x kontek 2hari sebelum majlis ka..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:15 AM | Show all posts
Ni mmg kira lepas tangan langsung...
Memang caterer tu salah. Tak nafi.
Kalau aku, mmg aku takkan letakkan buta2 kat tangan caterer tu. Silap2 seminggu sblm majlis aku dok call dia org hari2. Nasib baik la zaman aku kawin dulu semangat gotong royong org kampung kuat... sekarang pun sama. Cuma ada la pengantin yg dok berkira2 nak guna catering.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2017 10:24 AM | Show all posts
tak kan la caterer tak tahu hari ni 13/2 hari Isnin
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:27 AM | Show all posts
kenapa xde sorg pun yg kompemkan ngn caterer tu bbrapa hari sebelum???
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:28 AM | Show all posts
zuliana29 replied at 13-2-2017 10:01 AM
agak2 la buat majlis 13haribulan. isnin kot..

ntahnya...Isnin pun hari keje, bukan cuti umum.

bab2 kahwin ni....bab....makan la, sb panggil tetamu

musibat punya caterer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:28 AM | Show all posts
Syd replied at 13-2-2017 10:04 AM
heran betul.

takkan takde contact apa-apa.

kannn...takkan sehari sebelum takda set up apa2, boh skirting meja ke hapa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.713795 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list