CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2012|Reply: 2

Amitabh Bachchan Derma RM340,000, Bina Auditorium Sempena Memperingati Guru Dram

[Copy link]
Post time 10-2-2017 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Wah, murahnya hati bintang Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan yang mendermakan hampir RM340,000 (Rs 51 lakh) sebagai sebahagian daripada dana yang akan digunakan untuk membina sebuah auditorium di sebuah universiti di Delhi, Kolej Kirori Mal (KMC), di mana dia menamatkan pelajarannya.





Foto: IG Amitabh Bachchan




Menurut portal The Times Of India, dalam sebuah majlis perjumpaan alumni pada Rabu lalu, Bachchan mengimbau kenangan manisnya ketika menuntut di kolej berkenaan.


"Apa sahaja yang kita peroleh ketika menuntut di kolej atau sekolah, kenangan itu akan kita ingat sampai bila-bila.

"Hampir setiap masa, kita akan mengimbau kembali kenangan masa lalu kita seperti melihat bayangan kita di cermin," katanya.




Foto: The Indian Express




Ramai bintang lain turut menghadiri majlis itu termasuk Vijay Krishna Acharya, Ali Abbas Zafar dan Kabir Khan.


"Kebanyakan daripada pembikin filem lahir dari KMC ini.

"Jadi, alangkah bagusnya jika kita boleh bina sebuah auditorium sempena memperingati guru drama kita, Frank Thakurdas yang memberi inspirasi kepada kita untuk berkecimpung dalam dunia teater dan perfileman," tambahnya.


Wah, bagus Amitabh Bachchan ni mahu melakukan sesuatu sempena memperingati guru yang banyak berjasa dalam membentuknya menjadi seorang yang berjaya seperti hari ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus derma..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
good job

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059800 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list