View: 3209|Reply: 25
|
Doktor 'Larikan' 64 Orang Pesakit Mental Dari Hospital
[Copy link]
|
|
Jalan cerita seperti dalam filem 'One Flew Over the Cuckoo's Nest' menjadi kisah benar berlaku di Wilayah Guizhou, China, apabila seorang doktor secara peribadi melarikan 64 orang pesakit mental dari hospital.
Dilaporkan kejadian yang berlaku pada petang Sabtu lalu, di sebuah hospital yang terletak di bandar Guiyang, seorang pengarah doktor sakit mental, membawa lari 64 orang pesakit mental dari hospital tanpa memaklumkan ahli keluarga dan penjaga pesakit terbabit. Ini termasuklah tanpa menjalankan prosedur keluar hospital atau discharge procedures.
Menurut laporan ifeng.com China, pada Sabtu malam iaitu 4hb doktor tersebut mengalihkan para pesakit dari hospital Guihang Guiyang ke Hospital Rakyat di bandar Guiyang.
Dalam pada itu, terdapat empat orang doktor dan tujuh jururawat meletakkan jawatan tanpa melakukan prosedur. Difahamkan kesemua doktor dan jururawat meninggalkan hospital adalah kerana tidak puas hati bayaran gaji yang diberi oleh hospital berkenaan.
Menerusi maklumat yang dikemukakan pihak hospital, doktor terbabit dikenali sebagai Yang Shou Lei, seorang graduan yang menghabiskan pengajian dalam jurusan perubatan klinikal di Universiti Perubatan Guiyang yang berkemahiran dalam rawatan sakit mental.- CARI
sumber foto: ifeng.com |
|
|
|
|
|
|
|
mcm cerita thailand. pesakit mental lari dri spital,naik bas ramai2 masok bandar |
|
|
|
|
|
|
|
motifff???
dr pun dh mental ke ape
|
|
|
|
|
|
|
|
Die bls dendam lh tu. Xpuas ati psl gaji. Ko bg aku taik, aku bls berganda2 taik kt ko konsepnye |
|
|
|
|
|
|
|
dokter pun sama mental |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak cabut dari spital tu sebab tak dibayar gaji tapi mungkin dia kesian dengan pesakit dia kalau ditinggalkan tu yang dihangkutnya pindah semua sekali gaknya |
|
|
|
|
|
|
|
abis kalau dibawaknye lari sma-sma ke mana arah tujunya tu |
|
|
|
|
|
|
|
Shutter island sgt ni.doktor pun mental |
|
|
|
|
|
|
|
harapkn doktor rawat pesakit, doktor pun sama mental |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa doc? Menambah beban jek, elok la depa tu dok kat spital je doc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana dia angkut ramai2 tu. Buang kat sungai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak letak pesakit2 tu kat hospital yg lebih baik kot |
|
|
|
|
|
|
|
dia angkut sekali pesakit2 bawah dia tu.. dia nak buat benda baik tapi silap caranya |
|
|
|
|
|
|
|
tujuan dilarikan ?........ |
|
|
|
|
|
|
|
pulangkan pesakit kpd waris mrk |
|
|
|
|
|
|
| |
|