CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 3

Peti Aduan Displin Murid, Cegah Jenayah Di Sekolah- Mahdzir Khalid

[Copy link]
Post time 6-2-2017 09:55 AM | Show all posts |Read mode


Dalam usaha mencegah kegiatan salah laku dalam kalangan pelajar sekolah, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Peti Aduan Displin Murid kelmarin.


Memetik laporan Bernama, menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian menggalakkan pihak sekolah menyediakan peti aduan tersebut dan memastikan ia digunakan sebaik mungkin.


“Melaluinya diharapkan semua pelajar di sekolah rendah dan menengah dapat menyalurkan maklumat berkaitan salah laku di sekolah atau luar sekolah kepada pihak berkuasa."


“Pelajar juga tidak perlu risau tentang kerahsiaan maklumat yang disalurkan kerana pihak sekolah mempunyai kaedah tertentu untuk mengendalikan maklumat dari peti berkenaan.“


Beliau berkatan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad di Kuala Nerang hari ini.


Program Jom Ke Sekolah merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan PDRM dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku pelajar.- CARI

sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/ & mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2017 10:16 AM | Show all posts
jngan ada yg pedajal pergi masukkan surat cinta dalam peti aduan sudah
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu oenambahbaikkan yg boleh diterima. Sesuai utk mangsa buli.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 05:43 PM | Show all posts
Not bad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.188509 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list