View: 5308|Reply: 21
|
Selva Kumar Subbiah @ Richard Wild, Ryan Hunter
[Copy link]
|
|
Edited by Syd at 4-2-2017 07:15 PM
Perogol Bersiri Bakal Pulang Ke Malaysia
PETALING JAYA: Seorang warga Malaysia di Kanada yang akan selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun atas jenayah rogol mungkin akan pulang ke Malaysia, lapor akhbar Toronto Star. Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu tidak bercadang memberi sebarang amaran mengenai Selva Kumar Subbiah, 56, seorang perogol bersiri, walaupun pegawai penjara bimbang dia boleh mengulangi jenayahnya. Subbiah selesai menjalankan hukumannya pada 29 Januari, selepas dihukum 24 tahun penjara pada 1992 atas 19 kesalahan serangan seks, 24 kesalahan dadah, serta 10 kesalahan melibatkan pelbagai jenayah lain termasuk serangan dan peras ugut. Peguam pendakwa raya yang terlibat dalam kes terhadap Subbiah mempersoalkan keputusan menghantar pulang Subbiah tanpa sebarang notis ancaman kepada orang awam. “Apakah rakyat Kanada menganggap ia adil untuk membuang seseorang itu ke negara mereka tanpa memberitahu sabitan terhadapnya?” soal Paul Normandeau yang kini sudah bersara. Ketika hukuman terhadap Subbiah dijatuhkan, hakim David Humphrey memerintahkan polis menemani Subbiah kembali ke Malaysia dan memaklumkan pihak berkuasa Malaysia mengenai kegiatan jenayahnya. Bagaimanapun, Toronto Star melaporkan tidak pasti sama ada pihak berkuasa Canada akan menemani Subbiah apabila tempoh hukumannya tamat bulan ini. Menurut Agensi Khidmat Sempadan Kanada (CBSA), pegawai akan hanya menemani Subbiah sekiranya wujud kebimbangan terhadap keselamatan awam. Salah seorang mangsa Subbiah memberi amaran lelaki itu perlu dipantau dengan rapi. “Mereka tidak boleh ambil ringan,” kata wanita itu yang pernah diserang Subbiah pada usia remaja. Ketika pendengaran mengenai pembebasannya pada Jun tahun lalu, pegawai penjara memberitahu Subbiah yang dia masih tidak kelihatan insaf atau rasa berdosa. “Maklumat fail mendapati kamu masih tidak mampu bersimpati dengan mangsa, rasa kesal dan gagal mengambil tanggungjawab penuh di atas pilihan anda sendiri,” petik Toronto Star, yang menambah Subbiah mendiamkan diri pada sesi tersebut. Subbiah tiba di Kanada pada 1980 tetapi tidak pernah mendapat taraf penduduk tetap. Dia diberikan visa pelajar dan pelawat, dan mendakwa menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryerson dalam jurusan agama
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka masih x berubah.
Bukan dah ada thred dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Nape gomen kita x sambung je tahanan kat malaysia?? |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia dia kat mana? bebas ke dalan penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Ok..nampak dlm newspaper cut ade mention polis akan pantau... |
|
|
|
|
|
|
|
Polis akan pantau pesalah seksual, Selva Kumar Subbiah, sebaik tiba di tanah air
Rahimah Abdullah, Astro Awani | Diterbitkan pada Februari 04, 2017 12:32 MYT
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil dan menemu bual perogol bersiri warga Malaysia, Selva Kumar Subbiah yang telah menjalani hukuman penjara di Kanada, sebaik sahaja lelaki itu tiba di tanah air.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ia adalah antara langkah awal dilakukan PDRM dalam mengatasi keresahan dan kerisauan masyarakat berhubung kepulangan pesalah seksual berkenaan.
"Kita hendak mengenal individu ini sendiri iaitu kita hendak buat penilaian. Kita mahu berjumpa dengan dia dan pada masa sama kita akan cuba mendapatkan latar belakangnya daripada pihak polis Kanada.
“Kita hendak tahu di mana dia tinggal supaya kita senang ambil apa jua tindakan apabila tiba masa yang sesuai,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat latihan Kadet Inspektor Siri 1/2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Beliau pada masa sama, mengakui tentang kebimbangan masyarakat berhubung kepulangan Selva Kumar, dan akan memastikan pesalah berkenaan akan sentiasa dipantau pihak berkuasa.
"Dia telah menerima hukuman, kita kena terima hakikat itu. Maknanya, dia balik ke Malaysia (kerana) dia ada hak mengikut Perlembagaan sebagai rakyat Malaysia.
“Walau bagaimanapun, oleh kerana dia mempunyai rekod tidak baik dan menimbulkan rasa ketakutan dalam kalangan rakyat Malaysia, maka, PDRM sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab atas keselamatan dan menguruskan keresahan rakyat, maka kita pertamanya kita akan menemu bualnya,” tambahnya.
Bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang tingkah laku yang mengundang syak wasangka masyarakat, beliau menggalakkan mereka terus berhubung dengan polis.
“Namun, saya nak ingatkan dia sudah menjalani hukuman, dia berhak untuk hidup seperti orang biasa. Saya harap dia telah insaf setelah menjalani hukuman yang begitu lama,” katanya lagi.
Ditanya sama ada polis akan memasang peranti pada badan atau lokasi Selva Kumar, Noor Rashid menjelaskan, tiada keperluan untuk berbuat demikian memandangkan lelaki berkenaan sudah dijatuhi hukuman.
"Tidak boleh (pasang peranti) sebab setakat ini dia telah menjalani hukuman dia. Memang kita ada pasang peranti tetapi hanya pada mereka yang di bawah undang-undang yang ada. Sekarang dia telah dijatuh hukum dan keluar menjadi rakyat biasa," ujarnya.
Justeru, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak terlalu bimbang dengan perkara itu kerana polis akan menjalankan tugas dengan sebaiknya berlandaskan undang-undang yang ada.
"Kita akan terus berhubung, berdamping, selalu berkomunikasi dengan Selva Kumar supaya dia tidak akan mengancam keselamatan masyarakat. Kita (polis) lebih risau daripada masyarakat sebenarnya," tambahnya.
Subbiah, 56, didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita di Kanada bakal dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat selepas selesai menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di negara itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aikkkk knapa la tak tahan Sambung Kat Malaysia ... Kang Kat cni plak Dia Sambung kegiatan |
|
|
|
|
|
|
|
This is scary. kita ada sex registry tak untuk kenal pesalah |
|
|
|
|
|
|
|
Bnd bodo ni pun x blh setel. Nant dia blk msia sb ltk la ganja 1kg dlm beg dia. Pastu thn n jth hukum gantung. Tutup buku. Org tua mcm ni pun x blh nk handle, buat malu kaum je. |
|
|
|
|
|
|
|
Potong la dia punya anu tu.... : |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada undang undang any country utk potong anu. Patut kena ada esp orang mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 4-2-2017 10:51 AM
Ok..nampak dlm newspaper cut ade mention polis akan pantau...
Malaysia ni dengan jilboob. dengan seluar pendek.baju ketat. tak tahu dia boleh tahan atau tidak |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 6-2-2017 04:49 PM
Malaysia ni dengan jilboob. dengan seluar pendek.baju ketat. tak tahu dia boleh tahan atau tidak
Yg x jillbob pon sama...skirt/seluar pendek bagai..dgn baju x blengan nampak tiak |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 6-2-2017 09:35 AM
Yg x jillbob pon sama...skirt/seluar pendek bagai..dgn baju x blengan nampak tiak
harap perogol ni tak kenal wechat..........dan tak tahu apa itu fb |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 7-2-2017 10:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Syd at 7-2-2017 11:00 AM
Perogol bersiri Selva Kumar keluar dari KLIA
SEPANG: Perogol bersiri rakyat Malaysia, S Selva Kumar, yang selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada selepas didapati bersalah atas 30 tuduhan jenayah terhadap wanita, tiba di tanah air pagi ini.
Pesawat Qatar Airways penerbangan QR0844 dari Doha yang dinaikinya tiba di KLIA di sini pada jam 7.30 pagi ini.
Menurut sumber, sebaik tiba keterangannya diambil oleh pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman.
Difahamkan, dia kemudian dibawa ke Pusat Operasi Imigresen KLIA untuk diambil keterangan.
Bagaimanapun, media gagal menemui Selva kerana difahamkan dia keluar menggunakan laluan balai ketibaan domestik KLIA pada jam 9.50 pagi, sedangkan kumpulan petugas media menunggu di laluan ketibaan antarabangsa.
Terdahulu, 20 petugas media berkumpul di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA di sini bagi menanti ketibaannya.
#BeritaHarian |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 7-2-2017 12:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bila dah tau apa jenayah yg dia buat tngok muka dia pun rasa amat menyeramkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia buang jambang dia, tukar spek mata dan ubah penampilan pakai wig ke, boleh nampak macam orang lain dah. Katanya bakal ke penang sebab ada family dia kat penang |
|
|
|
|
|
|
| |
|