|
Antara penyebab manusia sombong
1. Ilmu
2.Keturunan
3.Kecantikan
4.Kekuatan @ Kuasa
5.Kekayaan
6.Kawan @ Kenalan
Aper pengalaman anda ?
Atau ada lagi penyebab lain ?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tular di Whatsapp-
*Nauzubillah Min Zalik!! Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan Tanpa Kita Sedari. Baca Dan sama-sama muhasabah diri...*
Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedari selalu kita amalkan.
Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.
1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.
3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.
4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.
5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.
6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.
8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.
10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.
12. Orang sombong suka dihormati.
13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.
14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.
15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.
16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.
17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.
18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.
19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.
20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.
23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.
Semoga memberi manfaat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ego yang terlebih over pun boleh menjurus kearah tu jugak. Ego bermaksud tak nak mengalah, dia je yg semua betul, org lain asyik diperlekehkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu yang aku nak sebut ialah orang yang suka mempersendakan orang dengan alasan buat lawak/lucu. Org panggil personal joke. Buat joke konon, tapi dengan kaedah menjatuhkan air muka orang lain. Mungkin bukan kategori sombong seperti yang TT maksudkan, tapi hampir2 sama. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Benda2 material atas dunia
Darjat
Gaya hidup walaupun kedudukan keWangan biasa2 (kalau yg kaya tu biase la)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sombong kecuali jenazah kita bole bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-2-2017 10:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
aishahnoordin replied at 3-2-2017 10:47 PM
Jangan sombong kecuali jenazah kita bole bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur
Komen win |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 3-2-2017 10:38 PM
Tular di Whatsapp-
*Nauzubillah Min Zalik!! Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan Tan ...
Yg lain ok. Bila baca nombor 20 tu jd lawak plak.
Sorii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by najlah at 4-2-2017 08:04 PM
SOMBONG..
Sikap memuji diri. Sikap ini muncul kerana merasa dirinya memiliki kelebihan harta, ilmu pengetahuan dan keturunan. Oleh sebab itu ia merasa lebih hebat berbanding dengan orang lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by najlah at 5-2-2017 07:09 PM
SOMBONG..
Suka mencela dan membesar-besarkan kesalahan orang lain. Orang yang sombong selalu menyangka bahawa dirinyalah yang benar, baik dan mulia. Sedangkan orang lain dianggap rendah, kecil dan hina.Bahkan orang lain dimatanya selalu berbuat salah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa perlu sombong.?
Sedangkan kita semua bermula dari setitis air mani (melainkan Nabi Adam & Hawa) dan kemudian akan ditanam di dalam tanah..kemudian isi dan kulit kita akan dimakan oleh ulat2 pula sehingga tinggal tulang dan tengkorak shj..
Kecuali utk mereka2 yg dipelihara jasadnya oleh Allah s.w.t sehingga hari kiamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
najlah replied at 4-2-2017 10:23 AM
SOMBONG..
Suka mencela dan membesar-besarkan kesalahan orang lain, Orang yang sombong selalu meny ...
Betul tu..suka mencela orang dan mencari2 kesalahan dan keaiban org lain..
Itu juga ciri2 orang yg sombong dan takbur.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suka mempermainkan perasaan org yg lemah juga antara ciri org sombong juga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sombong mcm cite kura2 ngn arnab.last2 arnab ketinggalan. Slow doesn't mean stupid |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa la yang kita dapat kalau sombong mendongak tinggi ke langit nun sana |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ladybosss replied at 3-2-2017 10:25 PM
Antara penyebab manusia sombong
1. Ilmu
Rasanya smua tu puncanya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|