CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1377|Reply: 11

[Tempatan] Pesakit kelas tiga terus nikmati perubatan percuma - Subramaniam

[Copy link]
Post time 2-2-2017 09:37 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA 1 Feb. - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam memberi jaminan pesakit wad kelas tiga di hospital kerajaan akan terus menikmati perubatan percuma seperti sebelum ini.


Katanya, walaupun Kabinet memutuskan untuk mengkaji semula caj baharu perkhidmatan wad pesakit kelas satu dan dua, kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

"Rakyat Malaysia yang telah menikmati penjagaan kesihatan percuma atau mendapat subsidi yang besar dalam penjagaan kesihatan akan terus menerima perkhidmatan sedemikian," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Dr. Subramaniam berkata, caj rawatan bagi pesakit kelas satu dan dua akan dikaji semula berikutan kadar itu tidak disemak bagi tempoh yang lama.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kos baharu bagi rawatan pergigian sebenarnya menggambarkan kos asas semasa bagi 2017, tanpa subsidi.

Namun beliau berkata, kerajaan terus komited untuk memberi subsidi terutama bagi pesakit Kelas 3 yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian.

Kenyataannya itu susulan mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian di media sosial bagi perkhidmatan seperti cabut gigi, cuci gigi dan tampalan. - BERNAMA


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.MnQRG1DF.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 09:52 AM | Show all posts
ok....................................................
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju harga naik utk sesetengah perkhidmatan terutama di kelas 1-2. Sebab ramai sgt yg take for granted
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:40 AM | Show all posts
woww....kakitangan govt terkecuali ek...ahaks!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2017 11:40 AM | Show all posts
betul tu setuju supaya xda yg ambil kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 11:41 AM | Show all posts
kesian pada orang yang diantara org miskin dan orang kaya
kaya pun tidak miskin pun tidak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2017 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Okkkkkk Tq la
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 11:11 PM | Show all posts
iolsss turharuuuuu menteri bn thorbaikkkk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 01:14 AM | Show all posts
Ada jer ambil kesempatan - nak pulak yang ada cable dgn BN. Dari riban riban bil hospital akhirnya dia cuma bayar dua tiga ratus sajok.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by True-X at 4-2-2017 09:34 AM

Alaaa.. ramai yg memekak ni bukan pengguna spital gomen pon...

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la..tp jangan lupa kutip kos perubatan dari warga asing eh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 05:39 PM | Show all posts
Buat jah mahal2 setara dgn private hospital. Yg kelas 3 tu sama jugak, cuma subsidize utk mereka dilimitkan mengikut bilangan kunjungan. Contohnya limitkan 3 kali kunjungan sebulan yg free, selebihnya kena bayar market rate.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.862927 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list