CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8269|Reply: 31

Suami Kantoi Join Grup 'Skandal' - Eh, Bini Pun Ada Sekali?

[Copy link]
Post time 1-2-2017 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Kan dah kantoi! Padah gatal tak bertempat dan tidak bersyukur, lelaki ini kantoi dengan isterinya apabila dia menyertai sebuah grup dari akaun Facebook dengan nama 'Kelab mencari skandal beramah mesra dan bermanja'.


"Terima kasih admin. Salam perkenalan. Yang duduk di Kedah dan Pulau Pinang ada tak?"






Begitulah 'salam perkenalan' daripada lelaki itu sebaik sahaja grup berkenaan menerimanya masuk ke dalam grup itu.


Tidak lama selepas itu, si isteri juga menulis di ruang komen status lelaki itu yang mencetuskan tanda tanya netizen mengapa isterinya juga berada dalam grup tersebut.


"Abang buat apa dalam grup ni. Siap abang balik nanti!" tulisnya.









Gambar 'screenshot' perbualan di antara pasangan itu dikongsi Facebook The Reporter dan menarik perhatian netizen lain yang mempersoalkan mengapa ada juga kaum lelaki lain menyertai grup berkenaan.


"Baru-baru ini ada ternampak group ni. Ramai betul yang join, tapi tak tahulah apa tujuannya. Patut bubar terus. Baik join anti skim cepat kaya, ada juga faedahnya," komen seorang netizen.







Foto: FB The Reporter




Nak buat macam mana, manusia ni memang tak pernah puas dengan apa yang sudah dimiliki. Jangan sampai jadi seperti "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" pula. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 01:30 PM | Show all posts
dah namanya public post
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha...kantoi.
Sape suruh tulis,confirm lah friendlist yg lain pun nampak
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 01:59 PM | Show all posts
Kisah dah pernah keluar tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 02:02 PM | Show all posts
kahkahkah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 02:31 PM | Show all posts
Apa punya jenis group ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2017 02:44 PM | Show all posts
tk pyh join grup FB, nak skandal masuk jer porem ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ethernet replied at 1-2-2017 02:44 PM
tk pyh join grup FB, nak skandal masuk jer porem ni

Silap2 boleh dapat one night stand. Mana yang acah2 baik, alim bagai tu la yang bahaya di PM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 05:25 PM | Show all posts
Hahaha. Ngok. Bini dah cun macam tu pun masih lagi cuba berskandal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 05:46 PM | Show all posts
haha ayooo mcm2 grup ada..grup cari jodoh la, cari skandal la.. haih
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 06:16 PM | Show all posts
Edited by Abangspek at 1-2-2017 06:20 PM

Kita lihat pada ayat laki tu. Dimulakan dengan "TQ admin" sebelum memulakan pengenalan. Biasanya, TQ semasa pengenalan ini adalah atas dasar penghargaan pada admin kerana membenarkan dia menyertai group tersebut. Kalau senang-senang masuk, orang tak cakap "TQ admin". Dengan kata lain, ini adalah "closed group".

3 minit selepas lelaki tersebut buat status, isterinya reply. Dalam masa 3 minit sahaja. 3 minit tidak cukup untuk isteri tersebut join closed group, admin approve, ternampak komen, dan menaip komen. Terlalu pendek.

Dan close group juga tidak akan wujud di notification facebook orang lain.

Dengan kata lain, isteri tersebut telahpun join group itu sebelum suaminya

Bila suaminya cakap yang si isteri pun ada dalam group tersebut, si isteri cuba mengalihkan perhatian dari ayat suami tersebut dengan memarahi suaminya "Diammm!!"

Dan, taktik tipikal wanita serta ahli politik : Sebelum dikantoikan, kantoikan orang lain dahulu. Ini taktik biasa.
Contohnya, ada 2 orang pencuri, Bijan dan Bangnon (bukan nama sebenar). Kedua-duanya melakukan rasuah. Tetapi, untuk selamatkan diri, Bangnon mula kantoikan Bijan terlebih dahulu supaya semua orang tertumpu pada kesalahan Bijan, pada masa yang sama kesalahan Bangnon disembunyikan.

Kesimpulannya. Si isteri join close group skandal sebelum suami, nampak suami post status, isteri takut diri sendiri kantoi (boleh check nama di bahagian "members" group) jadi dia kantoikan suami terlebih dahulu

Jangan terpedaya dengan tipu helah biasa

Sama ada ini semua fake, atau bininya sendiri takut kantoi so dia buang kesalahan dan fokus pada suaminya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 06:17 PM | Show all posts
haahha lawakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
x reti2 ke nk buat fake akaun sblm nk join group bukan2 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha rasakan...nak mengatai kantoi....la ni.mcm2 grup ada...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 09:01 PM | Show all posts
fake,
dua2 ajk group agknye
saje nk viralkn group hambar
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 09:41 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 1-2-2017 01:59 PM
Kisah dah pernah keluar tahun lepas.

dayum, siaran ulangan rupanya. patut macam pernah dengar je.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku syak depa saja buat drama swasta..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:25 AM | Show all posts
Macam rekaan sahaja. Get a life!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 08:34 AM | Show all posts
Ahh..tak percaya la aku dengan posting fesbuk macam ni. Entah2 org yg sama yang post buat fake akaun. Konon2 lawak la tu. Benda macam ni sooo yesterday
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 09:21 AM | Show all posts
ade lagi grop2 fb ni.. tak taste btl..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.069369 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list