Wah! Selepas hampir tiga tahun tenggelam dari industri muzik, penampilan Ning Baizura di pentas Duo Star baru-baru ini boleh dikatakan mengubat kerinduan peminat kepadanya.
Walaupun tersingkir di peringkat separuh akhir, tak dapat disangkal bahawa Ning dilihat serasi berganding bersama artis baru Harris Baba. Bukan itu sahaja, Ning yang membawakan lagu-lagu dari penyanyi lain memboleh peminat melihat sisi lain penyanyi itu.
Menurut Sinar Online, Ning mengakui dia teruja dengan persembahan mingguannya itu. Malah, penyanyi itu akan tampil dengan tiga lagu baru tidak lama lagi.
"Memang betul-betul tidak sabar untuk kembali dengan single baru, apatah lagi bila dapat respons yang baik daripada peminat.
“Ya, rasa teruja dan rindu untuk kembali memeriahkan industri seni. Bila sudah muncul dalam program Duo Star, saya dapat rasakan suatu platform berbeza bila saya sendiri pun sudah mula mengumpul peminat baru yang juga peminat Haris Baba," katanya kepada Sinar Harian.
Foto: IG Ning Baizura
Tambah Ning, ketiga-tiga lagu itu bergenre balada dan akan digubah Ning sendiri bersama rakan. Bagi Ning, perkara itu mudah dilakukan kerana dia mempunyai studio sendiri.
Bagaimanapun, Ning perlu memikirkan kaedah promosi akan digunakan apabila lagunya siap kelak.
Dalam masa sama, Ning bercita-cita menulis lagu bagi runut bunyi untuk drama tempatan.
Wah, pasti peminat juga tak sabar menantikan kemunculan single terbaharu daripada Ning Baizura! - CARI
Post time 1-2-2017 11:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Terkejut tgk sheols nyanyi lagu madah berhelah ZZ versi irama malaysia smlm dkt duo star. Main hentam jer,kejap soprano kejap suara garau. Yg pst most of the time pitchy.
sepatutnya penyanyi yg x versatile mcm ni xperlu masuk apa2 pertandingan nyanyian,, bila masuk tu yg nmpk segala jenis kekurangan .. hahahahha part hashtag throwback x leh blaaa ,, tersedak anak2 buah meols yg sememangnya x kenal acik nii bwahahhahahahahahhaha
Post time 1-2-2017 10:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
masmelon replied at 1-2-2017 08:31 PM
sepatutnya penyanyi yg x versatile mcm ni xperlu masuk apa2 pertandingan nyanyian,, bila masuk tu yg ...
Pendapat iols, dorg ni mmg kena challenge diri sendiri dgn masuk competition, sepatutnya asah vokal tu and cuba blajar dgn kwn2 artis lain mcm mana mereka boleh project suara dgn jelas dan sedap. Jgn masuk sbb semata2 nk attract peminat baru semata2 tp xda effort nk polish vokal yg makin hauk tu.
takdela, diorang tak ke final. dah out semi final.
iols tak follow duo star cuma haritu tengok semi final kat youtube, hauk sangat performance ning-haris, dua2 ada part terkucil, cumanya ning lagi obvious siap gelak2 lagi selayaknyalah keluar