CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9610|Reply: 68

Aeril Zafrel Memilih Tawaran Berlakon, Dah Cukup Bagus Ke?

[Copy link]
Post time 1-2-2017 10:23 AM | Show all posts |Read mode
"Saya bersikap memilih bukan kerana sudah mula rasa diri bagus tetapi pada saya sampai satu tahap saya perlu berbuat demikian kerana mahu hasil kerja saya diingati penonton."


Ya, betul tu. Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, kini sememangnya cerewet dalam memilih tawaran lakonan diberi kepadanya, namun dia sebenarnya bukanlah bersikap memilih kerana sombong atau 'bajet bagus', sebaliknya mencari kepuasan agar lakonannya dapat memberi impak kepada penonton.








"Saya tidak mahu kemunculan saya dalam sesuatu projek mudah dilupakan yang pada akhirnya tidak membawa sebarang kepuasan," katanya kepada mStar Online.


Aeril juga menjelaskan sikap memilihnya itu tidak bermaksud dia sering ditawarkan projek yang 'hampeh' tetapi sebaliknya ingin mencabar diri untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan.


"Sebenarnya industri penerbitan drama di Malaysia sangat membangun kerana memang banyak projek-projek diterbitkan oleh syarikat produksi untuk stesen televisyen yang semakin bertambah bilangannya.


"Tawaran atau skrip yang saya dapat semuanya bagus tetapi kebanyakan watak diberikan pernah saya bawa sebelum ini, Sebab itu saya mahu cari sesuatu yang lain dalam mengembangkan bakat lakonan saya," jelasnya.




Foto: IG Aeril Zafrel




Bersyukur dengan rezekinya dalam industri perfileman walaupun jadual penggambaran padat, Aeril nekad mengukuhkan kedudukan kerjayanya.


Betul juga apa yang Aeril katakan. Kalau dah sering sangat melakukan perkara sama, lama-lama pasti menjadi bosan juga. Semoga Aeril berjaya capai apa yang dihajatinya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 10:58 AM | Show all posts
bagi aku setakat ni takde pun lakonan ko yg meninggalkan kesan pun..lontaran dialog pun mcm keluar tak keluar jer.. sila improve lagi yer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bercakap pon kepit GG kntrol macho..Jadahnye..Baik Beto lgi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 11:12 AM | Show all posts
alah ko ni muda belia lagi dik.. xyah nak bajet diva memilih sgt.. mantapkan lakonan dulu baru boleh demand.. akak ni satu pun x ingt drama lakonan ko dik!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 11:18 AM | Show all posts
kayu jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 11:26 AM | Show all posts
kalau blakon byk drama sampah, sana sini semua muka dia, korang kata pelakon ni asal 'ade' je x jaga kualiti.. dh pilih2 watak sesuai, korang ckp bajet bagus walhal lakonan x seberapa.

so?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai ckp heols hensem..tp kat mata iols nampak serabut jah. taktau nape
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana filem hollywood dia tu yg x keluar2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
CARI-MAL replied at 1-2-2017 10:23 AM
"Saya bersikap memilih bukan kerana sudah mula rasa diri bagus tetapi pada saya sampai satu tahap sa ...

Geli okeh nengok beard feeling wolverine kau.kesian wawa kena gomol bulu bulu.yucks!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:00 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 1-2-2017 11:57 AM
Geli okeh nengok beard feeling wolverine kau.kesian wawa kena gomol bulu bulu.yucks!

hahaaa... kan noks.. geli gitu. bajet ensem la tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tahap lakonan pun nan hado fefelin memilih. sepatutbya ambik jah, baru boleh perbaiki lakonan. baru tahu latihan (kalau berlatih la) berkesan atau idok..
motif sangat... kalau hensem yg perasan hensem ya hamat, meluat juga aku tgk.

kalau dah sendu cakap jah sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:12 PM | Show all posts
perasan hensem
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:12 PM | Show all posts
errrr.. apa kata baiki dl mutu lakonan u tu lps tu boleh la mmilih..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka ada manisss
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite patah sayap tu best pon sbb umi n not him
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:27 PM | Show all posts
tak nak berlakon dalam slot astro ceria lagi ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 12:32 PM | Show all posts
plis blaja cara lontar suara/dialog
ni speses AA gak nih....

lelaki mmg ramai jenis camni ekk
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite PSS tu best sbb umi. Bukan sebab dia. Kayu je. Kontrol hensem je lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:50 PM | Show all posts
xpernah nmpk dlm tiwi.siapa heshe?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 01:15 PM | Show all posts
ok lar dia berlakon dari si patah
aku lagi sanggup hadap dia dari hero2 malaya yg baru nak up sekarang nih

memang lom spi level beto, tapi xlar sehauk hero Janji Karmila tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.125516 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list