View: 3035|Reply: 13
|
Budak 10 Tahun Hidap 'Penyakit Orang Pokok'
[Copy link]
|
|
Mengejutkan! Budak perempuan berusia 10 tahun menderita penyakit ganjil menyebabkan tubuhnya seolah-olah mengalami perubahan menjadi pokok.
Dikenali sebagai Shahana, dia mengalami sejenis penyakit dipanggil epidermodysplasia verruciformis (EV) yang lebih dikenali sebagai 'penyakit orang pokok' sejak berusia enam bulan lagi. Ketumbuhan itu merebak dengan cepat ke bahagian pipi, hidung, dagu dan cuping telinga.
Foto: Barcroft
Keluarga Shahana berasal dari sebuah kampung terpencil kini dipercayai berada di Hospital Kolej Perubatan Dhaka bagi mendapatkan rawatan untuk kanak-kanak itu.
Shahana memberitahu agensi berita tempatan bahawa dia berasa gatal pada muka dan lutut setiap pagi dan malam. Walaupun menghidap penyakit ganjil itu, Shahana bernasib baik kerana rakan sekelasnya menerima keadaannya tanpa prejudis.
Penyakit keturunan itu jarang berlaku dan menyebabkan ketumbuhan seperti ketuat timbul di mana-mana bahagian tubuh penghidapnya. Keadaan itu disebabkan jangkitan Human papillomavirus (HPV) dan untuk menjangkiti penghidapnya dan ia diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa pesakit.
Sehingga kini masih belum ada penawar bagi penyakit itu kecuali beberapa kaedah rawatan yang hanya mampu mengurangkan kesakitan penghidapnya.
Hanya dua minggu sebelum kisah Shahana didedahkan, seorang lelaki juga dari Bangladesh, Abul Bajandar dilaporkan menghidap penyakit sama berjaya dirawat.
Lelaki itu menjalani sekurang-kurangnya 16 pembedahan bagi membuang kira-kira lima kilogram ketumbuhan pada tangan dan kakinya sejak keadaannya itu mendapat perhatian doktor setahun lalu.
Foto: Mail Online
Doktor percaya Abul mungkin orang pertama berjaya sembuh daripada penyakit itu asalkan ketuatnya tidak tumbuh semula. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian adik ni..semoga sembuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap dpt penawar sblm bertambah teruk. Budak ni cantik |
|
|
|
|
|
|
|
maaflah tapi geram tgk rasa mcm nak cabut2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ksian yer, nasib g spital awal tuk rawatan... Comel Adik Shahana nie, semoga dberi kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga adik ni berjaya dirawat. Comey budak nya |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..moga dpt sembuh dan kembali normal |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian adik ni. Manis orang nya |
|
|
|
|
|
|
|
bertabah la dik...sakit tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|