View: 1447|Reply: 3
|
Makin Teruk Banjir Di Johor, 70 Pusat Pemindahan Telah Ditempatkan
[Copy link]
|
|
Sebelum ini negeri di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu dikatakan teruk dilanda banjir.
Namun kini dilaporkan keadaan banjir di Johor pula semakin buruk apabila jumlah mangsa di seluruh negeri meningkat kepada 8,204 orang daripada 2,427 keluarga, setakat jam 6 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, setakat ini mereka ditempatkan di 70 pusat pemindahan banjir.
Katanya di Segamat, mangsa banjir terus meningkat kepada 6,609 orang membabitkan 2,012 keluarga.
Katanya, bilangan pusat pemindahan yang dibuka di daerah berkenaan juga meningkat kepada 50, berbanding hanya 40 malam tadi.
Jelas Ayub lagi, di Mersing seramai 111 mangsa dari 39 keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan manakala di Muar pula 90 mangsa membabitkan 24 keluarga turut ditempatkan di satu pusat pemindahan.
“Bagi daerah Batu Pahat, hanya sebuah pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 11 mangsa dari tiga keluarga.”
Bagaimanapun beliau berkata, di Tangkak seramai 157 mangsa dari 41 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan.
Manakala, di Johor Bahru pula seramai 88 mangsa membabitkan 24 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan.
Selain itu, seramai 1,003 mangsa dari 249 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan di Kota Tinggi dan di Kluang pula 135 mangsa membabitkan 35 keluarga berada di empat pusat pemindahan.- CARI
sumber foto: https://2.bp.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah...plan nak ke mersing chinese new year weekend ni,..tapi duk ujan minggu ni,hari ni cerah...cancel plan nak piknik |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni banjir bukan kat belah timur je...belah barat, utara dan selatan pun kena berjaga jaga
|
|
|
|
|
|
|
|
kanak2 harus diawasi agar
tidak menjadi mangsa banjir.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|