CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2054|Reply: 13

Perayaan Tahun Baru Cina, Kesempatan Buat Duit Dengan Kekasih Sewa

[Copy link]
Post time 24-1-2017 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Jika sebelum ini kecoh di laman sosial mengenai perkhidmatan menyewa teman lelaki di China, kini perkhidmatan menyewa kekasih sudah menjadi trend di kalangan pengguna media sosial termasuk Malaysia.


Amboi, budak-budak sekarang. Boleh pula menjadi kekasih seseorang ni dijadikan sebagai kerja sambilan.


Menerusi laman sosial Facebook University of Malaya Confessions, dipercayai seorang pelajar lelaki menawarkan bayaran 'berbaloi' kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi teman wanita sambilannya di speanjang perayaan Tahun Baru Cina akan datang.


Ada yang berminat? Hebat, tau tawaran jejaka ini! Sehari, kekasih sambilannya akan dibayar sebanyak RM388. Menarik, bukan? Tetapi untuk menjadi teman wanita sambilan lelaki ini, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Apa syaratnya? Wanita itu mestilah CANTIK dan tingginya mestilah 165 sentimeter ke atas sahaja.




Foto: FB University of Malaya Confessions




Berbeza dengan 'abang kacak' kita ini, dia pula menawarkan dirinya untuk disewa sebagai teman lelaki untuk perayaan Tahun Baru Cina nanti. Kalau ada wanita di luar sana berminat untuk menyewa 'cik abang' kita ini, berikut adalah maklumat terperinci mengenai perihal 'beliau'.


Tak banyak pun bayaran yang dimintanya, sehari hanya perlu bayar RM390 (USD88) sahaja. Ataupun anda boleh bayar sekali gus sebanyak RM8373 (USD1888) untuk sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini.








Ada yang berminat? PM segera mamat-mamat ini ya!


Jangan ambil serius pula kerana mereka berkemungkinan hanya berniat untuk mengusik orang ramai ekoran isu menyewa teman lelaki seperti yang berlaku di China baru-baru ini. - CARI


Foto: Facebook

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2017 06:09 PM | Show all posts
bolehla nak sewa kekasih. xdalah mak2 kat kg tu duk sebok tnya bila nk ade boyprenn
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 06:35 PM | Show all posts
Novel sangat dik. Teman wanita upahan!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin tak lama lagi keluar drama kat tv - kekasih upahanku raya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tawaran lelaki 1st tu aku nak asalkan dia tu semirip ZhengKai
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekasih free ambe nk la..semua pakai duit sekarang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2017 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang betul skrg janji ada duit
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 boleh disewa zaman sekarang..manusia pun boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2017 12:21 PM | Show all posts
ini dah macam escort weh...  
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 01:40 PM | Show all posts
Mesti ada yang nak tiru bila tiba time raya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba i rasa pening pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2017 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aur ditana, betung tumbuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2017 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 hal..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh ni bukan February, so boleh la sewa untuk valentine pulak hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.360231 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list