|
Edited by R2D2 at 28-1-2017 01:33 PM
KUALA LUMPUR 23 Jan.- Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai hilang ketika mendaki di Bukit Broga sejak semalam diteruskan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman,20, bersama enam lagi rakannya dikatakan mendaki bukit berkenaan sebelum dilaporkan hilang.
Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Sani. Harul berkata, susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pihaknya kira-kira pukul 9.49 malam semalam diberhentikan kira-kira pukul 3 pagi ini.
Bagaimanapun, katanya, kira-kira pukul 8.30 pagi ini, SAR diteruskan dengan melibatkan 31 orang terdiri daripada pasukan bomba, polis, Jabatan hutan dan orang awam.
“Setakat ini, pihak kita masih tidak menemukan sebarang petunjuk di mana mangsa berada. Operasi mencari akan diperluaskan di kawasan berhampiran,” katanya di sini hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|