Sebut sahaja tempe, pasti terbayang keenakan rasanya yang lemak, apatah lagi jika dimasak dalam pelbagai cara termasuk goreng dan dijadikan sambal.
Rahsia dan khasiat yang terkandung dalam bahan ini tidak dapat dinafikan lagi kerana ia sememangnya bagus untuk kesihatan anda kerana kaya dengan protein dan vitamin.
Kali ini, apa kata kita cuba resipi pedas dan manis, Sambal Goreng Tempe istimewa yang pasti membuatkan selera makan anda bertambah.
Foto: Pinterest.com
Bahan-Bahan
500 gram tempe dihiris nipis
5 biji bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
6 biji cili merah dihiris halus
1/2 cm lengkuas
1 batang serai
Air asam jawa
Minyak
Belacan
Garam
Gula
Cara-cara
1. Goreng tempe hingga warna kuning keemasan, angkat lalu toskan minyaknya.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sampai naik bau.
3. Tambahkan asam jawa, belacan, garam dan gula secukup rasa.
4. Tambahkan sedikit air supaya bahan-bahan menjadi sebati.
5. Tambahkan lengkuas, dan serai. Gaul hingga rata.
6. Masukkan tempe dan gaul sehingga sebati.
Boleh tambah kacang tanah dan bilis jika suka.
Siap dan boleh dihidangkan. Senang sahaja kan? Paling sedap dimakan dengan nasi panas, dan tambah pula dengan kicap. Memang tak pandang kiri dan kanan lagi.
Selamat mencuba! -CARI |