Amboi, nampaknya Justin Bieber masih tak dapat terima hakikat bahawa bekas kekasihnya, Selena Gomez menjalin hubungan dengan The Weeknd!
Foto: IG Selena Gomez
Menurut Ace Showbiz, Selena dikatakan sudah banyak kali meminta Justin untuk 'merestui' hubungannya dengan The Weeknd.
Justin bagaimanapun dilaporkan menghina lagu The Weekend baru-baru ini.
"Saya tak boleh dengar lagu The Weeknd yang macam sampah!" katanya kepada TMZ.
Foto: http://www.mirror.co.uk
Sementara itu, sumber mengatakan kepada HollywoodLife.com bahawa Selena akan mencuba untuk meminta Justin merestui hubungan mereka.
Walau bagaimanapun, sumber terdekat Selena memaklumkan kepada Gossip Cop bahawa kenyataan dibuat HollywoodLife.com itu adalah palsu.
"Mana ada Selena minta restu daripada Justin untuk menjalin hubungan dengan The Weeknd. Dia tak perlukan restu daripada Justin pun," katanya.
Terdahulu, Justin mendakwa Selena hanya menumpang populariti The Weekend atau nama sebenarnya Abel Tesfaye untuk meningkatkan jualan lagunya.
Foto: REUTERS/Lucas Jackson
Macam-macamlah dunia artis ni. Banyak sangat kontroversi. Walau apapun, semoga mereka semua dapat selesaikan masalah antara mereka dengan baik. - CARI |