View: 3616|Reply: 15
|
Motorsikal Dua Alam : Pemuda Kreatif Berharap Ada Pihak Bantu Beliau Paten Cipta
[Copy link]
|
|
Mohd Faizul Lokman menunjukkan motosikal Honda C70 miliknya yang diubahsuai hingga mampu meredah banjir sedalam 1.5 meter. — Foto Bernama
BESUT, 20 Jan — Selepas popular sekelip mata awal bulan ini, perkembangan Mohd Faizol Lokman, pemuda kreatif yang mengubah suai motosikal ‘dua alam’ hingga mampu mengharungi banjir, masih menarik minat umum.
Mohd Faizol, 30, mekanik motosikal sambilan dari Kampung Gerung, dekat Kampung Apal, di sini berterusan menerima kunjungan pelbagai pihak yang berminat mendengar sendiri kemampuannya mengubah suai motosikal klasik Honda C70 hingga mampu ‘menyelam’ dengan berbekalkan kos RM50 sahaja.
Dikenali sebagai Jojo Kechik, pemuda ini mendapat perhatian netizen di seluruh dunia selepas rakaman video pada 4 Jan berdurasi 1 minit 24 saat memaparkan dia bersama kakaknya (Khaizuraini, 35 tahun) membonceng motosikal meredah air setinggi satu meter, menerima lebih 10 juta tontonan dan dikongsi lebih 25,800 penonton di YouTube.
Ketika ditemu bual Bernama, pemuda itu mengakui masih menjalani kehidupan seharian seperti biasa iaitu bekerja sebagai buruh dan menjadi mekanik pada hujung minggu.
Sebagaimana orang lain, beliau juga menyimpan cita-cita untuk berjaya dalam hidup dan berharap ada pihak tampil membantu beliau mengembangkan bakat sedia ada agar ia lebih komersil.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berikut petikan temu bual Bernama bersama Mohd Faizol berhubung perkembangan dirinya ketika ditemui di kampung halamannya di sini.
BERNAMA: Siapa yang datang menemui Mohd Faizol sejak popular di laman sosial?
MOHD FAIZOL: Ramai juga antaranya Anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan beliau sempat bertanya tentang komponen yang saya gunakan untuk motosikal ini. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar juga datang. Pada awalnya mereka tidak sangka yang jadi viral (tular) itu orang kampung sini. (Saya) Bangga juga sebenarnya.
BERNAMA: Apa ulasan mereka?
MOHD FAIZOL: Datuk Seri Idris kata ciptaan saya ini boleh dikomersilkan dan saya mungkin lebih berjaya jika ia diketengahkan. Ada beberapa kenalan menerusi media sosial Facebook beri cadangan supaya patenkan (mendaftar) ciptaan ini (sebagai harta intelek) agar tidak diciplak.
Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya. Kalaulah ada yang boleh bantu saya bermula daripada paten hinggalah komersilkannya, saya amat bersyukur. Saya hanya bersekolah sehingga tingkatan empat jadi saya akui tidak mampu bergerak sendiri kecuali ada pihak tertentu membantu.
BERNAMA: Adakah Mohd Faizol bersedia jika ada yang berminat untuk datang membantu dan membentuk Mohd Faizol menjadi mekanik yang lebih baik?
MOHD FAIZOL: Memang. Mungkin ada bengkel atau kursus yang disediakan tenaga pakar. Mana tahu cakap-cakap orang kampung bahawa saya boleh cipta motosikal yang macam kapal selam tu jadi kenyataan. Setakat ini ia mampu meredah air lebih semeter dan bergerak sejauh manapun, selagi masih mempunyai minyak (petrol).
Sebenarnya di kampung ini, ramai anak muda yang cipta motor banjir ini pada 2013, tetapi dari tahun ke tahun saya tambah baik rekaan ini. Pada 2015 tak banjir, sehinggalah hujung tahun 2016 barulah banjir. (Mereka guna) Peralatan yang sama tapi saya perkemas dan pertingkat ciptaan itu. Mula-mula guna getah, tapi lama kelamaan getah akan cair dan bengkok (kerana panas) bila enjin dihidupkan. Jadi saya guna bahan lain untuk gantikan getah.
BERNAMA: Ciptaan Mohd Faizol bukan rahsia lagi kerana kaedahnya telah diketahui ramai. Bagaimana Mohd Faizol ingin pastikan tiada yang meniru dan komersilkannya sebelum ia dipatenkan?
MOHD FAIZOL: Itu yang saya bingung sebab ada juga individu dari luar negara yang hubungi saya untuk membeli video serta kepakaran saya selepas melihat dalam YouTube. Ada yang kata sangat kreatif kerana tak sangka bahan terbuang juga mampu digunakan. Inovasi ‘ala-ala kampung’ ini sebenarnya hebat di mata dunia. Kalau ada pereka yang mempunyai pengalaman yang sama, mungkin mereka boleh bantu saya dari segi pandangan dan saya yakin masih ramai insan di luar sana yang juga kreatif tetapi tidak tahu bagaimana ingin memanfaatkannya.
BERNAMA: Bagaimana rakan sekampung menerima perkembangan diri Mohd Faizol yang semakin popular sedangkan mereka juga pernah membuat perkara yang sama?
MOHD FAIZOL: Ini namanya nasib dan rezeki. Kawan-kawan masih sama dan sebenarnya semasa rakaman video dibuat, selain saya, turut sama beberapa rakan lain yang harungi banjir. Ada sahabat kata bahawa saya telah popularkan budak kampung. Kami tidaklah hebat seperti mereka yang ada bengkel motor canggih. Bengkel kami di belakang rumah sahaja, tetapi alhamdulillah motor kami power (hebat) juga. Saya masih menerima ucapan tahniah daripada banyak pihak hingga ada yang sangka saya dapat banyak wang kerana selalu keluar dalam media. Tapi sebenarnya tiada apa-apa (bayaran wang) sehingga hari ini.
BERNAMA: Sekiranya ada pihak tertentu ingin membantu dalam tempoh terdekat ini, apa yang Mohd Faizol ingin lakukan?
MOHD FAIZOL: Saya mahu tubuhkan skuad ‘motor banjir’. Kasihan juga tengok orang tua harungi air banjir sementara tunggu diambil lori atau bot penyelamat. Sebenarnya saya dan rakan lain ada juga membantu mangsa banjir terutama mereka yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mereka akan pesan barang keperluan dan kami membelinya di kedai. Semuanya secara percuma. Motor mampu bergerak lebih laju jika tiada arus deras. Semasa banjir, ada skuad pacuan empat roda, ada bot dan jentolak tetapi tiada lagi skuad motor macam ni. Di kampung ini sahaja, seramai 15 anak muda yang mempunyai motor yang hampir sama, cuma sama ada akan rosak ataupun tidak sahaja ketika di dalam air.
Jika ada kemampuan kewangan dan ruang masa, saya berhasrat kumpul sekurang-kurangnya 50 orang untuk bertugas di sekitar Besut dan Hulu Terengganu ketika banjir. Mungkin di kawasan yang sempit dan jalan kecil yang penyelamat lain susah masuk, kami boleh menggunakan motosikal ‘dua alam’ ini untuk membantu mangsa.
BERNAMA: Bagaimana dan berapa kos sebenar untuk mengubah motosikal ‘dua alam’ ini?
MOHD FAIZOL: Kos sebenar tidaklah mahal, hanya kira-kira RM50. Tetapi selepas digunakan dalam banjir, kosnya menjadi lebih mahal untuk gantikan beberapa aksesori. Minyak hitam juga perlu ditukar kerana bimbang air masuk enjin. Motosikal ini dapat bertahan dalam air selagi sambungan tangki minyak dan karburator yang diubah suai tidak dimasuki air.
BERNAMA: Pernahkah Mohd Faizol terfikir akan dikenali hingga ke seluruh dunia seperti sekarang?
MOHD FAIZOL: Memang tak sangka. Sebenarnya, saya muatkan video itu ketika saya dan kakak sekadar ‘suka-suka’ bermain air banjir di rumah mak saya. Saya terkejut pada mulanya bila berduyun-duyun ‘notification’ masuk menerusi Facebook dan video itu pula dikongsi ribuan pengguna Facebook. Ketika tu saya hanya mampu tersenyum seorang diri.
— Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
taste la kat mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Gov tolonglah bantu komersialkan...
Jangan biar ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm xXx dh ada siap masuk laut |
|
|
|
|
|
|
|
ioll doakan uoll berjaya. aamiin.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap ade pihak yg bminat nk tlg dia |
|
|
|
|
|
|
|
Korang tepeklah video. Nak tengok jugak sbb takde fb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat kratif.Kipidad faizol |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon sesiapa tempek video tu. Sampai juta2 view |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo gitu. So konsepnya spt mana 4wd snorkle lah kan. Cuma idea kreatif Mamat ni takde orang fikir sebelum ni. Nak kata praktikal tu mcm tak berapa lah. Sebab kalau kita tak biasa jalan sesuatu tempat tu. Silap2 masuk parit arwah lah jawapannya ya... apa pun selamat maju jaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
cepatla paten kan. sblum org lain cilok idea itu |
|
|
|
|
|
|
|
bijan tolong la budak ni.....guna je 2.6 tu utk bantu die....nnt ko jugak yg dpt nama |
|
|
|
|
|
|
| |
|