CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1397|Reply: 5

Mengajar Tanpa Tauliah, Khalid Samad Didenda RM2,900

[Copy link]
Post time 19-1-2017 01:32 PM | Show all posts |Read mode


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didenda RM2,900 oleh Mahkamah Syariah Klang hari ini kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar pada tahun 2011.


Keputusan itu diputuskan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim selepas berpuas hati dengan hujahan pihak pendakwaan dan turut mempertimbangkan rayuan pembelaan secara keseluruhan.


Hairuddin turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya Khalid gagal membayar denda itu.


Khalid didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 10.00-10.50 malam pada 16 Ogos 2011.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid dan Muhamad Rafizam Ahmad Supian, manakala Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah diwakili peguam Syarie, Dr Zulqarnain Lukman.


Sementara itu, mengulas mengenai status hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, Khalid berkata beliau akan memfailkan rayuan mengenai hukuman di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam esok.- CARI

sumber foto: internet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
PRN LA .......
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 02:41 PM | Show all posts
tetiba je case 2011 muncul
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
RM2,900, tak smpi 5 minit dia bayar
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 03:44 PM | Show all posts
korek kes  selagi boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 02:15 PM | Show all posts
pulak daaah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.095305 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list