CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1808|Reply: 11

Guru Bebas Tuduhan Bocor Soalan UPSR

[Copy link]
Post time 18-1-2017 01:25 PM | Show all posts |Read mode


Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini membebaskan seorang guru daripada tiga pertuduhan memiliki beberapa muka surat kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.


K. Anparasu, 52, sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh, Pengkalan Hulu dilepas dan dibebaskan selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan serta hujah 16 saksi pendakwaan dan pihak pembelaan dalam kes berkenaan.


Memetik laporan Bernama, hakim Niran Tan Kran ketika membacakan keputusan kes itu berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes berkenaan dan mengarahkan barang kes termasuk telefon bimbit dikembalikan kepada Anparasu.


Anparasu dituduh memiliki beberapa muka surat kertas soalan Matematik 035/1 dan Matematik 035/2 dalam telefon bimbit jenis Samsung Trend miliknya di sekolah sama pada 9 Sept 2014 masing-masing pada 9.43 pagi dan 8.29 pagi.


Selain itu, dia juga dituduh memiliki beberapa muka surat kertas soalan Sains 018, juga di dalam telefon bimbit dan di sekolah sama pada 10 Sept 2014, 9.15 pagi.


Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan.- CARI

sumber foto: http://www.sinarharian.com.my/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 04:17 PM | Show all posts
lamanya nak settle kes
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 04:23 PM | Show all posts
Huhu... lamanya baru selesai kes
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 upsr start belajar tingkatan 1 dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 06:03 PM | Show all posts
Memanglah lama nak settle kes. Kau ingat hanya ada satu je kes dekat mahkamah? Berpuluh ribu kes nak kena settle. Tak termasuk kalau lawyers minta postpone lagi. Ingat hari ni masuk mahkamah esok boleh settle ka? In your dreams.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 06:26 PM | Show all posts
mesti hebat lawyer dia ni, benda dah kat tangan pun tak disabitkan lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2017 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ladybosss replied at 18-1-2017 04:52 PM
Budak2 upsr start belajar tingkatan 1 dah

Ni masa upsr 2014
Ank aku yg kena buat semula exam tu dah nak ambik pt3 plak tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 18-1-2017 06:26 PM
mesti hebat lawyer dia ni, benda dah kat tangan pun tak disabitkan lagi

aku syak laywer dia guna hujah anak guam dia x taw yg tu adalah soalan upsr sebenar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 18-1-2017 04:17 PM
lamanya nak settle kes

kes sosilawati pun nak genap 10 tahun. Pari 4 ekor masih lagi tak mampus... asyik tangguh. rrayu... tangguh ...rayu...

ni pun pari jugakk...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 07:59 AM | Show all posts
iskans replied at 18-1-2017 08:31 PM
kes sosilawati pun nak genap 10 tahun. Pari 4 ekor masih lagi tak mampus... asyik tangguh. rrayu.. ...

dah bunuh org, patut dihukum mati jgk.

tahu plk nk merayu utk nyawa sdiri!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:51 AM | Show all posts
mesti best kalau dapat ikut kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 19-1-2017 07:59 AM
dah bunuh org, patut dihukum mati jgk.

tahu plk nk merayu utk nyawa sdiri!

Biasalah... Puak ni nak mencapai kesempurnaan hidup dan komuniti pari 100%.

Kalau buat jahat biar tak ada siapa tahu.. Kalau hidup hebat biar semua satu dunia tahu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.739220 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list