CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 953|Reply: 0

Tambang MRT Dikenakan Mulai Hari Ini, OKU, Warga Emas & Pelajar Diskaun 50%

[Copy link]
Post time 17-1-2017 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Setelah dibuka pada 16 Disember tahun lalu dengan tambang percuma termasuk bas pengantara selama sebulan, perkhidmatan membabitkan Fasa Pertama antara stesen Sungai Buloh-Semantan melibatkan 12 stesen sejauh 21 kilometer itu akan mengenakan tambang kepada pengguna mulai hari ini.


Memetik laporan Bernama, pengendali perkhidmatannya. Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan pengguna akan dikenakan bayaran antara RM1.20 dan RM3.90 bergantung kepada jarak perjalanan di bawah struktur tambang tunai dan antara RM1.20 dan RM3.40 di bawah kaedah tanpa tunai.


Ia meliputi stesen Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.


Syarikat itu bagaimanapun menggesa pengguna menggunakan kaedah tanpa tunai dengan membeli kad Touch ‘n Go bulanan atau mingguan daripada pejabat khidmat pelanggan di stesen MRT bagi kelancaran perjalanan.


Pelajar, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU) akan diberikan diskaun 50 peratus.


Waktu operasi perkhidmatan MRT pada Isnin hingga Jumaat adalah pada pukul 6 pagi hingga 12 malam manakala Sabtu dan Ahad pada pukul 6 pagi hingga 11.30 malam.- CARI

sumber foto: Grafik CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.041433 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list