Nama Karan Johan sekarang sedang hangat diperkatakan di India sekarang ini gara-gara buku biografinya yang berjudul An Unsuitable Boy.
Dalam buku tersebut, sutradara terkenal Bollywood ini telah mengaku yang dia sebenarnya seorang gay namun bukanlah ditulis secara terang-terangan kerana takut dipenjara.
Foto: indiatoday.intoday.in
Bukan sahaja kontroversi itu, sekarang muncul pula gosip yang mengatakan Karan pernah menjalinkan hubungan asmara bersama bintang besar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan.
Mereka berdua telah mencipta banyak kejayaan besar dalam filem antaranya Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan My Name is Khan.
Namun bila ditanya soal hubungan terlarang ini, Karan menafikan sama sekali kerana baginya Shah Rukh Khan bukan sekadar rakan malah sudah dianggap sebagai saudara sendiri.
Foto: movies.ndtv.com
"Tidak kira bagaimana turun naik hubungan saya dengan Shah Rukh, dia adalah seperti abang buat saya. Gosip saya dan dia ada hubungan asmara adalah merepek sama sekali," kata Karan di thenews.com.pk.
Walau apa pun kesian pula dengan gadis-gadis di luar sana yang selama ini memuja dan meminati Karan. Dah melepas pula peluang, tak begitu? -CARI |