|
Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan AirAsia Bhd, Anaz Ahmad Tajuddin, 43, meninggal dunia pagi ini di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) akibat kanser.
Sehubungan itu, AirAsia dalam kenyataan ringkas mengesahkan bahawa Anaz meninggal dunia pada jam 5.50 pagi tadi.
Memetik laporan BH Online, kira-kira jam 9 pagi ini, jenazah Allahyarham Anaz akan dibawa dari SJMC ke Surau al-Islah di Kota Seriemas, Nilai untuk urusan mandi dan kafan.
Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Jumaat di Masjid Kuarters KLIA dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhah, Kota Seriemas.
Anaz dilantik sebagai COO sejak September 2016. Sebelum itu beliau adalah Ketua Kejuruteraan Kumpulan AirAsia. - CARI
sumber foto: BH Online |
|