CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6044|Reply: 35

[Jenayah] Simpan kerambit sebagai hobi, bapa anak seorang kena jail 7 tahun

[Copy link]
Post time 13-1-2017 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan Nazri.




KOTA BHARU - Alasan mengumpul kerambit sebagai hobi dan minat terhadap barangan antik gagal menyelamatkan bapa seorang anak apabila dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.


Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Anaz Hakimi Mohd Rizuan, 20, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.  

Tertuduh didapati bersalah memiliki senjata kerambit berhulu kayu tersebut di tepi jalan di Kampung Baru, Pasir Puteh, pada jam 5.35 petang, 10 Ogos lalu.


Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya tidak mengulangi jenayah sama.

Tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan bagaimanapun memohon hukuman itu diringankan dengan mengambil kira tanggungan yang dipikul tertuduh iaitu seorang anak lelaki berusia dua tahun dan isterinya.


Nazri kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa semalam.

Tertuduh ditahan polis pada Ogos lalu, selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan berada di atas motosikal yang diletakkan di tepi jalan.


Sementara itu, di perkarangan mahkamah semalam, suasana bertukar hiba tatkala anak tunggal tertuduh beberapa kali memanggilnya dan mencium tertuduh.


Tertuduh bagaimanapun dibawa masuk ke lokap mahkamah dan dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, selepas itu.




siapa tak kenal kerambit, ini la dia kerambit. kena perut terus terburai



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 11:05 AM | Show all posts
igtkan salah gambauu td... muda2 ada anak dh. muda2 dah ada rekod polis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:22 AM | Show all posts
muda2 dah beranak.
kira umur 18 dia dpt anak la kan. kahwin lepas spm kot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
susah nak ada hobi di msia ni
hobi simpan pistol salah,  simpan senjata salah,  main pokemon go salah,  bela haiwan salah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:25 AM | Show all posts
@Bedah.Cun taste tak???
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:29 AM | Show all posts
Hermm, hermmm buka baju tue, yang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2017 11:34 AM | Show all posts
takkan takat simpan kerambit pun salah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2017 11:34 AM | Show all posts
sekngucing replied at 13-1-2017 11:24 AM
susah nak ada hobi di msia ni
hobi simpan pistol salah,  simpan senjata salah,  main pokemon go sal ...


hahaha

itu la pasal. aku pun x pasti kenapa Malaysia kawal sangat benda2 senjata ni. apa beza kerambit dengan pisau potong ikan. kalau nak buat jenayah pun dua2 barang ni boleh membunuh



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 11:35 AM | Show all posts
kenapa simpan kerambit salah?
mcm pisau dgn parang/kapak/gergaji tu

eh...xphm lh berita ni




Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat simpan kerambit dah kena penjara 7 tahun.  Nape melampau sangat hukuman dia? Ke aku je rasa macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:40 AM | Show all posts
kalau minat pun masukkan dalam frame gantung kat dinding atau letak dalam lemari dah le..
kalau dah angkut ke sana sini bukan minat dah..
memang saja cari padah namanya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:42 AM | Show all posts
aku pon x paham

kalau salah napa selamba je jual kat pasar siti kadijah tu

kat downtown/uptown pon belambak kedai keris ngan kerambit ni

lgpun kat kelantan kan banyak kedai 'besi' ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:44 AM | Show all posts
Rainrein replied at 13-1-2017 11:36 AM
Setakat simpan kerambit dah kena penjara 7 tahun.  Nape melampau sangat hukuman dia? Ke aku je rasa  ...

Dia bawak ke tempat awam. Simpan kat rumah no problem. Cuba bawak parang panjang ke tempat awam mesti kena tindakan. Simpan kat rumah ok. Aku pernah beli parang kat kedai hardware, tokey tu cakap - resit ini pegang sampai ke rumah.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:46 AM | Show all posts
ala kalau korang simpan kerambit 3 dozen pon takde hal.

masalahnya dia kantoi dgn kerambit on body. kalu kantoi dgn kerambit on body tp properly wrapped atau bungkus elok takde hal la.

Tertuduh ditahan polis pada Ogos lalu, selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan berada di atas motosikal yang diletakkan di tepi jalan.




prrffthhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:49 AM | Show all posts
ade kes kan... lelaki mengamuk cederakan org guna kerambit... terburai perut org tu

just imagine.. tah sape2.... lalu sebelah kita tetiba ugut nak meragut.. ugut guna kerambit

ye la.. membawa senjata2 mcm ni kat bole membawa bahaya... kita x tau intention tu nak buat ape...

ade pro and cons nye
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 11:52 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 13-1-2017 11:40 AM
kalau minat pun masukkan dalam frame gantung kat dinding atau letak dalam lemari dah le..
kalau dah ...

Oooo, ok. Itu rasionalnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2017 11:58 AM | Show all posts
eh baru pasan .. muda gile orgnya.. 20 thn.. dah ade  anak dah?? kawen awal ni...


muda2 dah ade rekod penjara dekkk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bawak parang pi kebun pun polis tahan,tny nk pi mana ngn parang
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 03:04 PM | Show all posts
bukan dia bunuh org yg kenakan hukuman sampai mcm tu skali??????
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya kerambit tu. Banyak2 senjata lama aku suka tengok kerambit. Aura dia lain macam. Nasib la tak feeling nak buat collection. Takat parang gurkha ngan parang panjang ada la
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.235397 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list