CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3870|Reply: 12

Resume Anda Seperti Sudah Tidak Releven Lagi Jika Masih Ada 5 Maklumat Ini Menje

[Copy link]
Post time 10-1-2017 03:13 PM | Show all posts |Read mode




Jika dilihat pada masa kini, masih ramai yang menghadapi kesukaran dalam menghasilkan resume yang baik, dalam menyampaikan maklumat diri, dan pencapaian yang diperolehi. Lebih merungsingkan, ada di antara kita yang meniru resume rakan-rakan, dan hanya menukarkan maklumat peribadi sahaja.


Pada asasnya, resume sememangnya sangat penting buat bakal majikan anda, untuk menilai, juga mengenalpasti individu yang benar-benar layak untuk dipanggil ke sesi temuduga. Dari sudut
design
pula, anda boleh sahaja membuat sendiri
design
resume anda, sama ada menggunakan
photoshop
, atau
illustrator
, ia akan memberikan kelainan buat resume anda.


Bagaimana pula dari sudut isi, atau maklumat di dalam resume tersebut, adakah perlu diubah, dibuang, atau ditambah dengan yang baru? Laman
telah kongsikan 5 kandungan yang perlu dibuang dari resume anda, untuk tahun 2017 ini.


Mari kita ikuti kupasan yang lebih lanjut.


Ini 5 Kandungan Yang Anda Perlu Keluarkan Untuk Memberi Ruang Kepada Pencapaian Anda



1. Maklumat Sewaktu Di Universiti
Jika anda
bukanlah seorang graduan yang baru tamat belajar, atau fresh graduate,
maklumat mengenai kejayaan anda, atau aktiviti anda sewaktu belajar dahulu harus dikurangkan atau diketepikan, mungkin boleh diletakkan di bahagian akhir resume anda.


Kelab atau persatuan yang diceburi, dan juga CGPA anda tidak diperlukan lagi di resume anda.



2. Bahasa
Walaupun anda fasih bahasa lain,
kalau jawatan yang dipohon tidak memerlukan bahasa ketiga,
sebaiknya anda
perlu keluarkan dari resume anda, untuk menjimatkan ruang.



3. Internship Dan Anugerah Penghargaan
Ada ketikanya kerja yang dipinta, tiada kaitan sewaktu menjalani latihan amali dahulu, jadi sekiranya ia
tidak memberi kelebihan atau berkaitan, lebih baik abaikan sahaja.
Tetapi,
jika perlu, jangan lupa masukkan ke dalam resume anda.



4. Rujukan
Tidak salah untuk
letakkan nama mereka pada resume anda,
tetapi lebih baik, dan meyakinkan,
jika anda boleh dapatkan rujukan anda untuk memberi ulasan akan diri anda.



Berapa lama anda bekerja di sesuatu tempat bukanlah menjadi kayu pengukur akan pengalaman yang anda miliki, ia lebih kepada
andaian dalam perundingan gaji yang akan diberikan.

Bagi mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian, boleh sahaja jadikan perkongsian ini sebagai rujukan, anda boleh lebihkan pada bahagian universiti, juga sewaktu latihan amali, kerana tiada pengalaman kerja yang khusus lagi. Tetapi, buat mereka yang telah mempunyai pengalaman kerja yang banyak, boleh mula untuk kemas kini resume anda. –


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 04:13 PM | Show all posts
Kalau berjela2 sangat bakal majikan pun malas nak baca just keep it simple but to the point
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
reference pun tak payah tulis. dan jgn sesekali letak upon request. soooo yesterday upon reference tu kat resume.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice info....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 12:21 AM | Show all posts
hanakikan replied at 10-1-2017 09:13 PM
reference pun tak payah tulis. dan jgn sesekali letak upon request. soooo yesterday upon reference t ...

oh yeke? noted.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 09:40 AM | Show all posts
aku pernah gi interview, and dia minta slip gaji dgn majikan dulu. boleh ke?

aku kesian tengok budak2 ni hantar resume. segala sijil dia bagi. sijil krusus dari darjah 6 sampai la ke ting 5 dia bagi. salinan ic la, surat beranak la. uuuu... budak2 kolej tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2017 12:57 PM | Show all posts
watie_na replied at 11-1-2017 09:40 AM
aku pernah gi interview, and dia minta slip gaji dgn majikan dulu. boleh ke?

aku kesian tengok bu ...

Slip gaji sebab dia nak confirm kan betul ke current gaji you sekarang. Sebab ada cases candidates tipu, letak current salary theyols tinggi sebab nak letak expected salary tinggi, so future employer nak tengok kesahihan current salary tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 02:04 PM | Show all posts
watie_na replied at 11-1-2017 09:40 AM
aku pernah gi interview, and dia minta slip gaji dgn majikan dulu. boleh ke?

aku kesian tengok bu ...

xpenah lg aku gi interview yg x mntk slip gaji dgn current employer. sbb HR tmpt yg kita apply keja tu kena justify kt boss dorg, gaji yg dia offer kt kita based on kita pnya current salary +20% ke.. 30% ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2017 02:40 PM | Show all posts
matchstick replied at 11-1-2017 02:04 PM
xpenah lg aku gi interview yg x mntk slip gaji dgn current employer. sbb HR tmpt yg kita apply kej ...

so far 1 kali je la yg tanya slip gaji ni. aku pulak jenis simpan merata.

tapi company yg aku kerja sekarang ada COBC. so bila kita interview candidate mmg kena sign borang COBC for company to check dia punya employment background, nak call previous company ke.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 02:46 PM | Show all posts
oh good info, thanks TT!
Tapi ada sesetgh line of job still pandang cgpa. Cam bidang aku nk tgk gak cgpa berapa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2023 08:30 PM | Show all posts
I agree that many people still struggle with writing a good resume. It can be a daunting task, especially if you're not sure where to start. That is why I have used LinkedIn profile optimization service to transform my resume and LinkedIn. These services can help by providing a resume cover letter and link that will increase your chances more.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2023 11:13 AM | Show all posts
hanakikan replied at 10-1-2017 09:13 PM
reference pun tak payah tulis. dan jgn sesekali letak upon request. soooo yesterday upon reference t ...

salary expectation nak tulis x?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 12:12 AM | Show all posts
Mechanical Estimating Services are vital for precise project planning, just as keeping your resume updated is crucial for career relevance. This article emphasizes the importance of staying current, highlighting the value of expertise in both fields.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.095914 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list