View: 3764|Reply: 21
|
Perihal Menangisi kematian : Hukum & adab
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 8-1-2017 03:29 AM
Assalamualaikum,
Disini saya inigin memohon pendapat sahabat semua tentang menangisi kematian. Saya telah kematian anak kecil pada oktober 2016 lalu. Arwah berusia 5 tahun dan meninggal akibat denggi berdarah. Sejak dari itu sehingga kini saya hampir setiap hari menziarah kubur arwah dan saya akan menangis setiap kali saya berbicara di pusaranya. Saya sebagai seorang ayah dan amat rapat dengan arwah kerana dia tidur bersama saya ..walau saya lari tidur kat luar bilik di tetap akan cari saya sampai jumpa. Saya tahu apabila anak2 kecil meninggal sebelum baligh maka akan syurga lah bagi mereka dan ibubapa juga akan mendapat kebaikan dari perkara itu tapi depend pada amalan ibubapa juga lah. Jika saya tak pergi kekubur pun saya akan menangis apabila waktu hendak tidur kerana rasa rindu yang amat sangat.
Apakah hukumnya saya selalu menangis di pusara beliau? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam . takziah espri. Aku tumpang sedeh. moga kamu dan isteri kuat dlm ujian ni |
|
|
|
|
|
|
|
Oktober 2016?
Baru lagi la ye..
Takziah espri..
Boleh bersedih..tp jgn sampai meratap memakan diri..
Ibu bapa mn yg tak sedih jika anak yg pergi dulu..
Cari hikmah disebalik kehilangannya..kena redha espri..Allah lebih sayangkan dia..sy doakan espri dan isteri tabah..al fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah ye.....semoga espri redha dgn ketentuanNya |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 7-1-2017 07:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
jerukkedondong replied at 7-1-2017 07:30 PM
Oktober 2016?
Baru lagi la ye..
Takziah espri..
Ye..dua bulan lebih yang lalu. Sangat sedih..ibarat ada lubang yg besar didada. Tiap malam rindukan dia, takde lah sampai menangis meratap..cuma apabila dikubur...cuba bercakap tetiba jadi sebak dan nangis sepuasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
espri6006 replied at 7-1-2017 07:47 PM
Ye..dua bulan lebih yang lalu. Sangat sedih..ibarat ada lubang yg besar didada. Tiap malam rinduka ...
Sedih ni berkaitan dgn hati. Hati kita ni perlu nourishment, makanan selalu. Makanan terbaik dia adalah zikrullah.
Hati yg x diberi mkn properly mmg akan terisi dgn benda2 lain.
Cuba baca Quran banyak2. Al Quran kan syifa. Bila nak baca, niatkan semoga dgn bacaan kalamullah, Allah sembuhkan kesedihan. Insya allah.
Klu nak baca yasin lebih 10x pun tak pe. Niatkan mcm tu. Yasin kan jantung al Quran, dibaca utk capai hajat2. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 7-1-2017 08:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
baulu replied at 7-1-2017 08:08 PM
Sedih ni berkaitan dgn hati. Hati kita ni perlu nourishment, makanan selalu. Makanan terbaik dia a ...
Terima kasih baulu...Insya Allah. Dikala sedih dan menangis selalu istighfar kepada Allah moga diampunkan dosa kerana masih menangisi pemergian. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalilah..takziah diatas kehilangan anak yg tercinta tt..semoga tt sekeluarga tabah menghadapi cubaan dan dugaan..banyakkan bersabar..tak salah jika rasa sedih dan ingin menangis..sbb kita insan biasa..banyak2kan bersabar dan berdoa k.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Fmly lil pn ada pglmn yg sama. Ank akak meninggal umo 11bln..accident. akak n abg ipar patah kaki..mmg amik masa yg lama utk terima. Tmbhn lg tu anak tunggal depa. Redha ye tt. Isi hati dgn zikir. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehilangan orang yg kita kasihi memang amat menyedihkan. Biasalah, fitrah manusia akan tangisi kpd yg pergi tetapi sbg orang yg beriman kita kena terima hakikat bahawa Allah hanya meminjamkan dan Allah akan mengambil semula bila2 masa shj. Anak kecil sudah tentulah syurga tempatnya. Perasaan sedih sdr boleh diubati dgn membanyakkan bacaan surah yassin sbg ubat kesedihan diri sdr sendiri. Jgn terlalu ratapi anak yg sudah pergi saolah2 sdr tak meredhai. Banyakkan solat hajat dn taubat serta mohon diberi ketabah hadapi ujian drpNya. Semoga Allah akan memberi lebih lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.
Puan,
Puan bagi sikit masa pada diri untuk mengharingi tempoh bersedih atau kehibaan ( bereavement), ya? It is okay , to feel sad about this. ambik masa dan makin lama insya Allah , Puan akan pulih dari diharungi kesedihan ni, walaupun memori itu akan tetap bersama sama Puan. cuma kesannya akan berkuarngan dengan masa.
tak pe, still diberi ketabahan, kekuatan dan kemenangan untuk menghadapai ujian ini. dan juga menginsafkan kita semua akan nikmat / anugerah / rezeki Allah SWT.
|
|
|
|
|
|
|
|
saya paparkan : article dari Jabatan perdana Menteri brunei Darussalam berkenaan menangisi kematian :
Bolehkah menangisi jenazah?
Oleh: - |
|
|
|
|
|
|
|
Berkenaan menangisi jenazah
Edited by mbhcsf at 8-1-2017 03:28 AM
sumber pautan asal :
http://www.pelitabrunei.gov.bn/t ... h-menangisi-jenazah
Bolehkah menangisi jenazah?
(Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
APABILA berlaku kematian, ada orang yang boleh menghadapinya dengan sabar dan tabah, namun ada juga orang yang tidak dapat menghadapinya sehingga menangis, meratap atau meraung. Perkara sebegini tidak dinafikan berlaku kerana perasaan sayang kepada si mati membuatkan perasaan sedih itu timbul, kerana hidup bersama dalam masa yang panjang semasa si mati masih hidup, kini dia kembali ke hadrat Ilahi buat selama-lamanya. Tentu perkara ini memberikan kesan terhadap semua yang mengenali si mati kadang-kadang tidak dapat menerima hakikat kematiannya. Tambahan lagi orang yang telah pergi selama-lamanya itu keluarga yang dekat seperti ibu atau bapa atau anak sendiri. Mengenai hukum menangisi jenazah ini akan dihuraikan selanjutnya selepas ini.
Hukum menangisi jenazah
Hukum menangisi jenazah adalah harus sama ada sebelum berlakunya kematian iaitu ketika dalam keadaan nazak ataupun selepas berlakunya kematian. Walau bagaimanapun menangisi jenazah sebelum berlakunya kematian adalah lebih utama berbanding menangisinya selepas kematian. Menangisi jenazah selepas berlakunya kematian adalah khilaf al-awla iaitu menyalahi yang utama kerana ia merupakan penyesalan dari perkara yang telah lalu.
Menangisi jenazah kerana sayang dan sedih di atas pemergiannya adalah merupakan perasaan semula jadi manusia. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah menangis ketika menghadapi kematian anak Baginda Ibrahim ‘alaihissalam.
Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya : “Kami masuk bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mendatangi Abu Saif Al-Qaiyn (iaitu suami perempuan) yang mengasuh dan menyusui Ibrahim ‘alaihissalam (putera Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam). Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengambil Ibrahim lalu memeluk dan menciumnya. Kemudian kami menjumpainya lagi selepas (peristiwa) itu dan Ibrahim hampir menghembuskan nafasnya sehingga menyebabkan kedua mata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berlinang air mata. Lalu ‘Abdurrahman bin ‘Auf Radhiallahu ‘anhu (dengan perasaan takjub) bertanya kepada Baginda: “Engkau juga (menangis) wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya ini adalah rahmat,” kemudian berterusanlah keluar air mata Baginda. Setelah itu Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya kedua mata boleh mencurahkan air mata, hati boleh merasa sedih, akan tetapi kami tidaklah boleh mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami dan dengan perpisahanmu ini wahai Ibrahim kami amat bersedih”. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Jawapan Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam kepada Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu dalam hadits di atas “Sesungguhnya ini adalah rahmat” bermaksud keadaan Baginda (tangisan) yang disaksikan oleh Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu itu adalah perasaan kasih sayang terhadap anak dan bukanlah ia sebagai kegelisahan atau ketidak sabaran seperti mana yang disangkakan oleh sahabat Baginda itu.
Begitu juga diceritakan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid Radhiallahu ‘anhu ketika Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menghadapi kematian cucu Baginda. Nafas Baginda menggeletar dan air mata Baginda berlinangan di saat cucu Baginda diserahkan kepadanya.
Lalu Sa‘ad bin Ubadah Radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Baginda:
Maksudnya : “Wahai Rasulullah, (air mata) apa ini?” Nabi menjawab: “(Air mata) ini adalah rahmat (perasaan sayang) yang Allah jadikan dalam hati-hati hambaNya dan sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang penuh rasa kasih sayang.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 8-1-2017 03:25 AM
Bentuk tangisan yang diharuskan
Bentuk tangisan yang diharuskan itu sebagaimana disebutkan dalam kitab Hasyiatan Qalyubi Wa ‘Umairah ialah tangisan dengan suara yang perlahan (sekadar teresak-esak) walaupun mengeluarkan air mata dan perasaan hati yang sedih.
Menurut Imam as-Subki Rahimahullahu Ta‘ala jika tangisan ke atas jenazah itu, kerana perasaan kasih sayang dan kerana perasaan takut di atas apa yang akan menimpa kepadanya daripada balasan Allah Ta‘ala dan perkaraperkara yang menakutkan pada hari kiamat adalah tidak makruh dan tidak menyalahi yang lebih utama.
Menurut ulama lagi, jika tangisan itu kerana perasaan kasih sayang seperti menangisi kanak-kanak adalah tidak mengapa, akan tetapi adalah lebih baik bersabar. Adapun jika menangisi jenazah kerana hilangnya ilmu, kebajikan, keberkatan dan keberanian si mati maka ia digalakkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 8-1-2017 03:23 AM
Bentuk tangisan yang dilarang
Bentuk tangisan yang dilarang ke atas jenazah itu ialah seperti berikut:
1. Haram jika tangisan itu disebabkan ketidaksabaran dan tidak menerima sebagai qadha daripada Allah Ta‘ala.
2. Haram menangisi jenazah dengan menyebut-nyebut kebaikan si mati seperti katanya: “Aduhai gunungku” (si mati diibaratkan sebagai gunung kerana si mati adalah tempat bersandar dan berharap).
Larangan mengenai meratapi jenazah sebegini ada disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy‘ari Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya : “Tidak ada jenazah yang (mati atau hampir mati) dan diratapi oleh keluarganya dan berkata-kata: “Aduhai gunungku”, “Aduhai tuan aku” atau yang seumpamanya, melainkan diwakilkan untuknya dua malaikat menepuk-nepuk dada si mayat (dengan kedua tangannya dan) berkata: “Beginikah kamu?”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Persoalan “beginikah kamu” dalam hadis tersebut itu adalah ancaman bagi orang yang meratap dengan menyebut-nyebut kebaikan simati.
3. Haram menangisi jenazah dengan suara yang tinggi seperti meraung. Abu Malik al-Asy‘ari Radhiallahu ‘anhu menceritakan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya : “Ada empat (perangai) pada umatku yang dibawa dari zaman Jahiliyyah, mereka tidak dapat meninggalkannya sama sekali iaitu : “Bangga terhadap kemuliaan, menghina hubungan sesama kekeluargaan, mempercayai turunnya hujan melalui perbintangan (ilmu tenung) dan ratapan,” Baginda bersabda: “Orang yang meratap itu apabila dia belum bertaubat sebelum kematiannya maka akan dibangkitkan pada hari kiamat (dalam keadaan kulitnya berkurap atau berkudis seolah-olah) pada (anggota)nya baju (yang dilumuri dengan) minyak (iaitu minyak yang dilumuri pada unta yang berpenyakit kurap dan minyak itu dibakar untuk menghilangkan penyakit kurap pada unta itu seolah-olah) baju dari kurap atau kudis.” (Hadits riwayat Muslim)
4. Begitu juga haram menunjukkan perasaan tidak sabar sehingga memukul-mukul dada dan pipi atau menarik rambut dan mengoyak baju. Ini juga berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
Maksudnya : “Bukanlah dari golongan kami orang yang menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyak baju dan menyebut-nyebut (penyesalan terhadap si mati) sebagaimana sebutan orang jahiliyyah.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Menangisi jenazah sehingga berlebihan seperti meratap, memukul dada dan pipi, mengoyak baju, dan berteriak adalah dilarang kerana tangisan seperti ini melewati batas-batas yang diharuskan dalam syara‘. Tangisan seperti ini menunjukkan ketidaksabaran seseorang itu dalam menghadapi takdir Allah Ta‘ala.
WALLAHU'ALAM
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau mahu baca tentang bereavement / kehibaan dalam perspektif psychology , boleh juga google Kubbler Ross - bereavement and reaction
cuma pada I , the best psychological back ups is always :
ketundukan kefahaman kita pada ukun iman ( the Divine Decree ) , al Quran dan ketentuan
insya Allah semoga ada hikmah yg tersirat akan tersingakp bila anda ready dan bersedia , dont worry Allah knows...He Always KnoWs best ... The ALL KNOWING...
and love is stronger than death ...ni i suka frasa ally mcbeal pulak hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
untuk demam dengue, sila pergi ke hospital jika demam tinggi and sakit badan sendi - kalau viral fever memang macam ni so jgn tunggu lewat, kalau perlu kelaurkan duit untuk buat ujian immunology di klinik swasta buat sahaja. Saya pernah mengalami demam dengue berdarah. yups sakit demam itu. |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 8-1-2017 07:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mbhcsf replied at 8-1-2017 03:35 AM
untuk demam dengue, sila pergi ke hospital jika demam tinggi and sakit badan sendi - kalau viral fe ...
Untuk pengetahuan saudara, hari pertama demam saya dh bawa anak saya ke kelinik kesihatan. Waktu jam 12.30 malam sbb panasnya terlmpau jadi saya bawa jiga tgh malam tu. Suhu anak saya sekitar 40.5 drjah so MA tu just bagi ubat punggung dan basahkan sikit badan anak saya. Dia kata kalau nak ambik darah dtg pagi esok.
Esok pagi pulak saya bwk si abang.kerana abangnya demam juga. Hari ke tiga demam saya bawa arwah uyk ambik darah dan ujian darahnya doktor cakap okey tiada denggi. Mmg silap saya sebab x refer terus ke specialist sbb doktor kata demam biasa. Memang ralat sangat. Hari keempat..iaitu malam baru sedar pernafasan anak saya lain..selain itu kerap mintak air dan mengadu sakit dada. Awal pagi jumaat saya bawa ke hospital bahagian kecemasan dan terus kena tahan sbb doktor cakap anak saya dah krtitikal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 8-1-2017 11:32 AM
i see.. tak pelah asbab tu, i mean you know kalau dengaq citer kematian ni ni bukan ape, kita akan dapati akan ade satu point ..di mana tertakdir asbab tu dan i rasa you dah cuba yg terbaik...i mean MA tu sepatutnya tanyalah kan nak warded ke tak - tak pa we learn...
okay ni saya kongsi citer saya ...ini berlaku in April i think 27th ke 25th dalam julat 25th april 2012 i think , saya memang terkena demam yg sangat sangat tinggi suhu , saya tak tahu symptom dengue to behonest sebab i tak belajar tropical disease...so memang sakit sangat tulang especially tulang kat lumbar region pinggang dan lower back ( because it is viral based fever so badan kita keluarkan banyak antiviral chemical / macam bhn kimia badan yep untuk halang virus ni ) sangat sakit sampai i ingat i kena jangkitan sendi ke tulang ape ke yg acute ape ntah you know sebab sakit sangat then ...demam surut dan turun naik...dan ini berlaku pada hari pertama dan kedua , i pi klinik di bandar X ( pada hari kedua ) ..and dia tak suspect ape ape...then i terpaklsa outstation , yeah ke bandar Y ( hari ketiga) , di mana ketika demam masih ade dan kawan i noticed muka i swollen dan merah ...tapi ini waktu malam ketika sampai , but the next day ...i nampak ruam , patches of rashes dekat belakang tangan saya dan ia petechial rashes ( rashes yg you tekan dia tak jadi putih dalam kulit you ) so i dah rasa semacam dah...dan kebetulan sampai ke rumah hometown saya...dan saya letih sangat masa tu and my parent bawa saya ke klinik specialist physician , dan he knwos me since i was 8 ...so dia terus kata kat i : i want to check your BP and your blood dan dia belek satu buku untuk request serological screening ( immunological screening) dan dia kata tunggu dia phone...sila balik
tapi dia kata i suspect you dengue
then balik rumah i rasa tak sedap hati dan my parents kata pi emergency and accident lah kat hospital ...my sister pun suruh check platelet..so i pi you knwo tubggu lamalah jugak dan bila masuk periksa i think MA jugaklah kata wow suhu 40 degrees..dan yups dia tengok semua macam dengue so dia ambik darah jugak dan dia bagi panadol...i masa tu asyik telan air je sebab panas kan...
then i dibawa ke triage ...dan i called my sister yg i may be warded dan my paletelt masa tu was 298 ( ada org marah lagi kata i mengader sebab self admit ) ...then pukul 7 pm my physician called up dia kata where am i ? i kata already in A&E , dia kata good..because ...resulty blood was haemorrhagic strain
so ya allah masuk IV wow firsttime my body rasa sejuk sangat ..malam tu ...then the next threedays ujian memang dengan tak lalu makan and demam turun naik and rashes yups naik my platelet turun turun ....sampai last reading 117 ...( i have to tell you that saya dimarahi kaka saya sebab self admit ke hospital waalupun memang boleh je duk rumah pantau ) tapi my doktor says : dia dah tengokk cases yg overnite ada yg boleh teruk...so saya dok hpsital ..wow experience yg menginsafkan ..really ...i learnt a lot as human ...dengan masuk iv banyak kali...ward kelas berapa well masa tu tak ada dokuemn kelas tiga ...hahahah but i learnt ....
so i think in your case Puan ...
it is not your fault atau ' lalai' tapi sometimes deman ni tak leh nak predict pattern dia so tak pa , pada i u cuba yg terbaik dan dah buat yg terbaik ...just you know dengue is pretty tricky sikit ...
i mean not your fault just that ...kalau boleh nasihatlah sesiapa buat blood test terus kat memana klinik swasta...i mean ini pengalaman saya ...tapi u have done your best...i believe you did and i as an outsider accept that you have done your best, maksudnya bukan you biaq je anak you terlantar...u have done your best...
okay Encik ..it is okay , u have done everything in your pwoer that you couldn't have done any better , okay ?
it is okay...
Allah sayang you and your family allah uji,...
it is okay
you okay ye...be strong and kalau nak nagis tak pe but grab quran ...u feel better ...yups
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 8-1-2017 10:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mbhcsf replied at 8-1-2017 10:10 AM
i see.. tak pelah asbab tu, i mean you know kalau dengaq citer kematian ni ni bukan ape, kita aka ...
Terima kasih kerana berkongsi cerita ..tapi i belum dapat baca because ia sangat2 meninggalkan kesan pada i. I baca sikit je and automaticlly teringat saat i hantar anak i kat hospital, dari dia boleh bercakap dan minta nak minum air anggur dan panggil i ayah...terus doktor bagi ubat tidur dan dia koma sampai habis umur..that is last time mata dia renung i dan panggil ayah...than..diberi bantuan pernafasan...dan sehingga itu tak dengar lagi dia panggil ayah, ummi or abang/kakaknya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|