CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1091|Reply: 1

Perkhidmatan Tren ‘Shuttle’ KTM Laluan Kuala Krai-Tumpat Dibatalkan

[Copy link]
Post time 4-1-2017 04:33 PM | Show all posts |Read mode


Susulan paras air banjir yang semakin meningkat di kawasan pantai timur, perkhidmatan tren ‘shuttle’ Keretapi Tanah Melayu melibatkan laluan antara Kuala Krai-Tumpat dibatalkan sehingga dimaklumkan kemudian.


Memetik laporan Bernama, dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan, perkhidmatan tren shuttle hanya akan beroperasi antara laluan Kuala Lipis-Dabong sahaja.

“Perkhidmatan tren Intercity di pantai timur masih mengalami gangguan disebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di KM392.5 antara Bukit Abu-Dabong, Kuala Krai pada Sabtu (31 Dis). Semua perkhidmatan tren antara laluan Dabong-Kuala Krai-Dabong masih lagi digantung sehingga dimaklumkan kemudian."

“Kerja membaik pulih landasan sedang giat dijalankan,” menurut KTMB dalam kenyataan itu.


Kenyataan itu turut memaklumkan bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No.26 (JB Sentral-Tumpat), perkhidmatan tren hanya disediakan dari Stesen JB Sentral sehingga Stesen Gua Musang.


Manakala para penumpang akan meneruskan perjalanan dari stesen Gua Musang ke Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat menggunakan bas yang disediakan oleh pihak KTMB.


Penumpang ke stesen Dabong pula akan menggunakan tren tempatan.


Bagi perkhidmatan Ekspres Timuran No.27 (Tumpat-JB Sentral) pula, para penumpang akan menaiki bas dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang menggunakan bas.


Manakala bagi mereka yang tinggal di Gua Musang mereka boleh meneruskan perjalanan ke Stesen JB Sentral dengan menggunakan tren.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau layari laman sesawang kami di www.ktmb.com.my.- CARI

sumber foto: mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 05:02 PM | Show all posts
Primitifnya keretapi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044105 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list