View: 1567|Reply: 7
|
Rakyat Malaysia Ditahan Di Woodlands Bawa Heroin Bernilai RM100,000
[Copy link]
|
|
Seorang rakyat Malaysia ditahan di pusat pemeriksaan Woodlands selepas didakwa membawa bersama kira-kira 460 gram heroin yang dianggarkan bernilai S$32,000 atau bersamaan RM100,000.
Penahanan itu disahkan Penguasa Pusat Pemeriksaan dan Imigresen (ICA) serta Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama.
Menurut Portal News Asia Channel, ketika pemeriksaan dijalankan oleh seorang pegawai Imigresen yang menemui satu bungkusan berisi heroin.
Manakala, bungkusan kedua pula ditemui oleh seorang lagi pegawai CNB selepas menggeledah motosikal suspek.
“Jika didapati bersalah dan jumlah diamorphine atau heroin asli itu melebihi 15 gram, suspek boleh dihukum mati di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah,” kata kenyataan itu.- CARI
sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com |
|
|
|
|
|
|
|
berani nyer buat keje keje mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
daebakkkk tahniah la hahaha...sindili tempah itu maut maa |
|
|
|
|
|
|
|
jiran akak anak dia keje kat singapore. hari2 dia bawak motor. selalunya kalau peak hour dari pukul 6 pagi sampai 8 pagi selalunya jam sangat kat laluan motor tu. so, dorang check tak betul2 sangat sebab mana ada motor lalu kat xray machine. dorang ckp yg pegawai incharge bab2 dadah ni akan tahan motor secara rawak je untuk fully inspection, check dalam beg, check box motor, check bawah seat motor. rasanya orang yg kena tahan ni unlucky sgt lah |
|
|
|
|
|
|
|
hukum mati jer..
kalo tlepas nanti ada lagi org buat... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kesian kan dia ke atau memang padan muka dia jer? Masa buat kerja tu mesti tak ingat masa depan keluarga dan diri sendiri. Fikir duit untuk hidup mewah dalam masa yang singkat saja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|