Anda sangka tabiat dan gaya hidup yang anda lalui sekarang sudah serasi dan sesuai dengan diri anda. Tapi anda mungkin tak terfikir apa yang anda lakukan dalam kehidupan seharian anda sebenarnya menjejaskan penampikan anda.
Menurut portal Bright Side, tanpa anda sedar tabiat anda dalam kehidupan seharian mampu menjejaskan masa muda anda.
1. Sering mengikat rambut dengan gaya ikat ekor kuda
Apabila akar rambut ditarik dengan ketat, ia boleh menyebabkan rambut gugur malah anda berisiko menjadi botak kelak!
Sumber foto: GreekAus.com
2. Gemar minum susu
Susu mengandungi androgen yang menyebabkan fungsi kelenjar minyak menjadi lebih aktif. Akibatnya, ia akan menghasilkan sebum yang mengakibatkan liang roma tersumbat seterusnya menjadikan kulit wajah kelihatan berminyak dan tidak bermaya.
Sumber foto: The Telegraph
3. Menyikat rambut basah
Tabiat menyikat rambut ketika masih basah menyebabkan hujung rambut bercabang. Bagi mengelak kerosakan rambut, jangan sikat rambut ketika masih basah dan jangan gosok rambut dengan kuat semasa mengeringkannya dengan tuala.
Sumber foto: Stella De Zotti
4. Menggosok mata
Perbuatan ini menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan jatuh, malah ia akan merosakkan kulit bawah mata.
Sumber foto: Vision Eye Institute
5. Kerap sentuh wajah
Kadang-kadang anda tak sedar anda meletakkan tangan pada pipi serta menggosok hidung dan dagu. Perkara ini sebenarnya mempercepatkan proses kedutan pada wajah.
Sumber foto: Conscious Living – Beauty Cirque
Musuh anda; jerawat juga mula menempel pada wajah jika anda menyentuh permukaan wajah dengan tangan tidak bersih.
6. Suka berjoging
Joging pada waktu pagi baik untuk kesihatan, namun jika terlalu banyak dan kerap berlari, ia akan mempercapatkan proses penuaan kulit.
Sumber foto: www.lifezen.in
Banyak lagi tabiat yang kita sangka bagus untuk kesihatan kita tetapi sebenarnya membahayakan jika diambil berlebihan. - CARI |