View: 1410|Reply: 9
|
Skuad Harimau Malaysia Jatuh 5 Anak Tangga Ranking Fifa Musim 2016
[Copy link]
|
|
Hasil prestasi yang hambar, Skuad Harimau Malaysia menutup musim 2016 dengan mengalami penurunan lima dalam ranking bulanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang melibatkan 209 negara.
Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan menerusi laman sesawang Fifa, www.fifa.com pada Khamis, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berada pada posisi ke-161 dunia pada Disember berbanding 156 pada November.
Memetik laporan mstar, untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan 171 pada Januari dan Feb, 166 (Mac), 174 (April dan Mei), 173 (Jun), 167 (Julai dan Ogos), 158 (September) dan posisi ke-164 dunia pada Oktober.
Di peringkat Asia, skuad Harimau Malaysia jatuh satu anak tangga ke posisi ke-31 dalam kalangan 46 negara.
Skuad kebangsaan berada pada kedudukan kelima dalam kalangan negara ASEAN dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi ke-120, Thailand (126), Vietnam (134) dan Myanmar (159).
Ranking terbaharu itu meletakkan skuad negara setanding dengan beberapa negara membangun yang lain seperti Kepulauan Aruba (160), Macedonia (162) dan Kosovo (165).- CARI
sumber foto: mstar |
|
|
|
|
|
|
|
Ranking tak penting |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tengok body pemain2 bola skarang pun tak fit mcm dulu2. Ada bonjolan2 lemak kat perut dan pinggang. Kaki pun tak nampak keras mcm pemain2 bola di Barat. |
|
|
|
|
|
|
|
'Malaysia akan layak ke Piala Dunia pada 2018"
masih terngiang 2 kata ini...heheheh
OH FAM.....APA YG KO BUATT
OH FAM.....APA YG KO BUATTTT
OH FAM.....APA YG KO BUATTTTTTT
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada apa yang kita boleh harapkan dari pemain yang tak tahu apa nak buat bila bola berada di kaki...
Entah apa yang jurulatih terapkan masa latihan... |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmm....ranking turun selalu....entah laa...janji gaji pemain lam EPl..ops liga malaysia..naik ok ler...ahaks!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh nak salahkan jurulatih sangat, kadang2 jurulatih dah bagi input dan ilmu. Tinggal pemain je macam mana nak aplikasikan teknik dalam latihan ketika permainan.
Tapi kalau dah pemain tahap bangsat, memang x boleh buat apa2 lah. |
|
|
|
|
|
|
|
OKS punya KPI kena dapat 140 ranking ke bawah sebelum 2018
macam susah jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|