View: 1301|Reply: 2
|
Gara-Gara Militan Indonesia, Tahap Keselamatan Negara Diperketatkan Menjelang Ta
[Copy link]
|
|
Susulan polis Indonesia menembak mati tiga suspek militan yang merancang untuk mengebom pondok polis semasa musim cuti ini, pusat beli-belah dan hotel di seluruh negara telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan tahap keselamatan di premis masing-masing terjamin.
Menurut Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia, keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan pusat beli-belah akan sentiasa dikendalikan dengan sebaik-baiknya dari aspek keselamatan.
Bagi pusat beli-belah yang bersaiz lebih besar, ia mempunyai lebih daripada 100 kakitangan serta bantuan polis tambahan.
Selain itu, pusat beli-belah juga bergantung kepada CCTV yang dapat membantu pengawasan dilakukan dengan lebih baik dan dapat dijadikan bukti kepada pihak berkuasa mengikut keperluan semasa.
CCTV ini pada masa lalu telah digunakan untuk mengenal pasti suspek jenayah kecil yang dilakukan di pusat beli belah dan kini boleh juga menjadi bukti berguna dalam situasi yang lebih kompleks, tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut mengambil insiatif untuk mengukuhkan lagi tahap keselamatan di lapangan terbang di bawah pengurusannya.- CARI
sumber foto: mstar |
|
|
|
|
|
|
|
gambar sumber foto tu kat pavillion tu |
|
|
|
|
|
|
|
gambar sumber foto tu kat pavillion tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|