View: 1140|Reply: 0
|
Dihempap Marmar Tiga Tan, Warga Myanmar Maut Di Tempat Kejadian
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki warga Myanmar maut dihempap kepingan marmar seberat tiga tan yang disusun dalam kontena ketika melakukan tugas bersama dua lagi pekerja Myanmar juga di sebuah kilang marmar di Jalan Batu Berendam, Melaka kelmarin.
Dalam laporan Berita Harian, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, K. Kalaiselvam memaklumkan kedua pekerja terbabit yang sempat menyelamatkan diri, ketika itu sedang ditugaskan bersama mangsa untuk menghantar kepingan marmar itu kepada pelanggan.
Tambah beliau, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah setelah sebahagian badannya tertimbus di bawah kepingan marmar tersebut dalam kejadian Rabu.
"Ketika tiba di lokasi kejadian pada 10.56 pagi, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Anggota kami kemudian mengalihkan kepingan marmar itu untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus."
"Mangsa yang maut itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat."
Seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan operasi menyelamat mangsa, selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.41 pagi, ujar Kalaiselvam.- CARI
sumber foto: Harian Metro
sumber foto: Grafik CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|