Kalau di kampung-kampung, biasa kita lihat pertandingan laga ayam. Penuh orang berkumpul di sekeliling melihat ayam bergaduh dan bercakaran di tengah-tengah gelanggang.
Zaman sekarang, bukan di kampung atau melibatkan ayam lagi tapi kali ini di bandar besar dan melibatkan sekumpulan remaja yang melakukan aksi yang sama.
Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Teyra Locaa ini menunjukkan rakaman sekumpulan remaja 'berlaga', memukul dan menghentam lawannya.
Menurut sumber, perlawanan tersebut diadakan di Ipoh Parade dan melibatkan remaja berusia 12 hingga 15 tahun.
Bukan sahaja lelaki, malah budak perempuan juga ramai yang menyertainya. Dapat disaksikan remaja perempuan saling menarik rambut dan baju lawannya sambil disorak oleh budak lelaki yang berkerumun di situ.
Bagai sudah tidak ada perasaan malu atau segan, baju remaja perempuan yang terlibat tertarik dan menampakkan sebahagian dari perutnya.
Ada juga yang menyifatkan perlawanan ini adalah 'wrestling' versi Melayu, masing-masing berlawan membuktikan kekuatan dan kejantanan mereka.
Netizen yang melihat rakaman ini banyak meluahkan rasa geram dengan kelakuan remaja pada zaman sekarang.
Sumber: FB Teyra Locaa
Sedih bila melihat kelakuan tidak senonoh remaja yang majoritinya Melayu dan bergama Islam, bercakaran di tempat awam sebegini.
Seharusnya, pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera bagi membanteras aktiviti yang tidak sihat serta memalukan bangsa, agama dan negara ini. -CARI |