CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1472|Reply: 3

Kontraktor Didakwa Rekrut Rakan Sertai Militan Daesh

[Copy link]
Post time 21-12-2016 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan merekrut dua rakannya sebagai anggota kumpulan pengganas Daesh.


Memetik laporan mstar, Saidin Yaacob, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nordin Hassan yang kemudian menetapkan 9 dan 10 Jan untuk perbicaraan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala Saidin diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli.


Tertuduh didakwa dalam pengetahuan telah merekrut rakan sekampungnya, Ishak Haya, 61, dan Abd Halid Dari, 54, sebagai anggota kumpulan Daesh di Lot 3487, Rancangan Pinggir Padang Besar, Jeneri, Sik, Kedah, antara Januari hingga September 2014.


Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 130E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Pada 16 Ogos lalu, tertuduh dihadapkan di Mahkamah Majistret Baling, Kedah.


Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Kes melibatkan pengganas yang tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.- CARI

sumber foto: mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2016 06:44 PM | Show all posts
tukang rekrut dapat habuan bidadari tak?  
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang tepi skali tu tengah buat pesen ape tu..mata smpai naik ke atas..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2016 10:50 PM | Show all posts
pe bukti dakwaan tu? takde lak diterangkan.

ntah2 diaorg nk buat kumpulan muzik band terbaru namanya daesh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055858 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list