CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 2

Bekalan Air Pulih 99 Peratus Di Kawasan Zon 1- Syabas

[Copy link]
Post time 21-12-2016 06:17 PM | Show all posts |Read mode


Sejumlah 99 peratus kawasan di Zon 1 telah mendapat bekalan air setakat 9 pagi ini berikutan pengoperasian penuh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.     


Bernama melaporkan, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih 100 peratus manakala Petaling, 98 peratus.           


Add Image Caption Here



Kawasan di zon berkenaan yang masih belum pulih sepenuhnya ialah di Sungai Penchala, Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI serta SS21 Damansara.           


Sementara itu, kawasan di Zon 2 akan mula mendapat bekalan air selepas 4 petang ini.            


Kenyataan itu juga menyebut pengguna di zon berkenaan yang tidak mendapat bekalan air selepas 4 petang boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip TANKER <jarak> nama dan alamat.         


Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, facebook Air Selangor atau twitter air_selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai status pemulihan bekalan air.- CARI

sumber foto: Grafik CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2016 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngok ngek......

Tel syabas mcm nk mati tak berjawab....kat portal syabas kata esok tak de air...yg mana satu betul....

Kat fb air selangor org dah menjerit-jerit tanya syabas buat bodoh tak de response...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2021 11:31 PM | Show all posts
Edited by R_ashwin at 12-5-2021 11:35 PM

Thank you so much this amazing post
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.779351 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list