Ekoran dikatakan hubungan Neelofa dan Fattah retak kerana orang ketiga, pelakon, Tania Hudson tampil menjelaskan hubungannya dengan Fattah Amin hanya sebagai rakan sekerja dan tidak lebih dari itu.
Sumber foto: IG Tania Hudson
Tania Nadira Hudson, 31, mengaku terkejut selepas namanya dikaitkan sebagai orang ketiga dan menjadi punca keretakan hubungan Fattah dengan Neelofa.
"Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung apatah lagi berjumpa," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam masa sama, Tania menegaskan dia tidak pernah ada hubungan istimewa dengan bintang drama Suri Hati Mr Pilot itu walaupun ketika menjalani penggambaran filem itu bersama.
"Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Lepas habis penggambaran kami buat hal masing-masing," ujarnya.
Sumber foto: IG Fattah Amin
Tania juga mengaku tidak merasa bersalah mengenai dakwaan mengaitkannya dengan insiden itu kerana dia mengenali Fattah terlebih dahulu sebelum aktor itu berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot itu lagi.
"Saya rasa ada salah faham yang berlaku sehingga mengaitkan nama saya pula dalam hal ini," ujarnya.
Wah, panas betul topik percintaan Lofattah ya. Kasihan Tania jika betul dirinya bukanlah orang ketiga dalam perhubungan itu seperti didakwa sesetengah pihak. Namun, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang, bukan? - CARI |