Dua rakyat Malaysia cedera dalam kejadian serangan oleh lelaki bersenjata yang mengakibatkan lima kematian termasuk seorang pelancong Kanada di selatan Jordan di Karak, semalam.
Memetik laporan Bernama, Kedutaan Besar Malaysia di Amman berkata, dua rakyat Malaysia terbabit sudah menerima rawatan di hospital berhampiran dan dilaporkan selamat.
"Dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis, 20 pelancong Malaysia kebetulan berada di tempat kejadian diselamatkan dan diberi perlindungan oleh pasukan keselamatan Jordan."
Menurut kenyataan itu, kedutaan sudah berhubung dengan pihak berkuasa Jordan yang mengesahkan semua pelancong Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Dalam pada itu, kedutaan juga mengeluarkan peringatan kepada semua rakyat Malaysia terutama pelajar di Universiti Mu'tah berhampiran Karak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.- CARI