CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11249|Reply: 130

[Tempatan] keputusan PT3 keluar hari ni..jom share keputusan anak kome

[Copy link]
Post time 19-12-2016 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by nevberg at 19-12-2016 01:18 PM

keputusan PT3 dah keluar hari ni...

ada sesapa anaknya dapat keputusan hari ni...mari share..

tahniah kepada anak2 kome atas apa jua keputusan yang diperolehi..

maaf la berita dari portal berita takde lagi...nanti update..


31,734 pelajar ambil keputusan PT3 di Kelantan


KOTA BHARU 19 Dis. - Seramai 31,374 pelajar Tingkatan Tiga negeri ini yang terlibat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau PT3 mula mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing pada pukul 10 pagi ini.
Pengarah Pendidikan negeri, Jaafar Ismail berkata, tahun ini merupakan tahun ketiga PT3 dilaksanakan di sekolah.

Beliau berkata, setiap pelajar akan menerima empat pelaporan yang disediakan pihak sekolah iaitu Pelaporan Pentaksiran Pusat; Pelaporan Pentaksiran Sekolah; Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pelaporan Psikometrik.

“Empat pelaporan ini boleh menggambarkan perkembangan murid secara holistik. 

“Pelaporan ini tidak perlu dibuat perbandingan antarag satu sekolah dengan sekolah yang lain kerana ia merupakan pentaksiran berasaskan sekolah.

“Pentaksiran dilakukan sepanjang tahun oleh guru sekolah berdasarkan garis panduan diberikan Kementerian Pendidikan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, pentaksiran pusat telah dijalankan dari 10 hingga 13 Oktober lalu manakala pentaksiran pelbagai instrumen telah berlangsung dari 17 hingga 29 Julai untuk subjek Geografi dan dari 19 Jun hingga 1 Julai untuk Sejarah.

Tambahnya, bagi pentaksiran lisan untuk subjek Bahasa Melayu dan Inggeris telah berlangsung sepanjang bulan Ogos lalu. - UTUSAN ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 19-12-2016 11:28 AM

Tetibe teringat acik kepam @Modngengade dan suami leluhur jinjang beliyau, saiz pensil 2B dr serambi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:30 AM | Show all posts
perlu ke share...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2016 11:37 AM | Show all posts

taknak share pun takpe...tak paksa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak akak 15thn tapi tak ambik pt3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2016 11:46 AM | Show all posts
cik_tonggek replied at 19-12-2016 11:41 AM
Anak akak 15thn tapi tak ambik pt3

kenapa macam tu?

ke ambik GCSE?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah yer kpd ibu bapa yg ade ank amik pt3 tahun ni.semoga keputusan.ank korang cemeelang.erm dh lama x de perasaan dup dap tunggu result ank2.semua dh besar2 kecuali yg bongsu terlajak jauh baru 6 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:02 PM | Show all posts
rosmahisham replied at 19-12-2016 11:47 AM
Tahniah yer kpd ibu bapa yg ade ank amik pt3 tahun ni.semoga keputusan.ank korang cemeelang.erm dh l ...

ank kak mah dah besar-besar yea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 12:07 PM | Show all posts
my nephew dapat 6A 2B 2C.. kecewa jugak la beliyau..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara iols dapat 9A 1B...B utk sains..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2016 12:30 PM | Show all posts
harkktuih replied at 19-12-2016 12:07 PM
my nephew dapat 6A 2B 2C.. kecewa jugak la beliyau..

tahniah...

semoga dia terus berjaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2016 12:31 PM | Show all posts
aku_best replied at 19-12-2016 12:15 PM
Anak sedara iols dapat 9A 1B...B utk sains..

tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:37 PM | Show all posts
anak sedara iolls dapat 9A 1B gak....B utk bahasa melayu ujian bertulis....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah untuk anak2 sedaghe @daun_getah dan @aku_best
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nononcrux replied at 19-12-2016 12:02 PM
ank kak mah dah besar-besar yea

Ye sayang..yg 2nd last pon dh 20 thn.dh ada cucu pon hi hi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 12:46 PM | Show all posts
anak sedara aku yg pompuan tu belum ada perkabaran lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
nevberg replied at 19-12-2016 11:37 AM
taknak share pun takpe...tak paksa...

selalu perasan anak kita yg paling pandai.tp bila tengok anak orang  lain lagi genius , terus tak jadi nak kompare      
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 01:00 PM | Show all posts
oohh...baru tau keputusan PT3 keluar hari ni. nak pegi menjoyah kt wassap group la, tanya sepupu2 yg amik exam
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2016 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
harkktuih replied at 19-12-2016 12:07 PM
my nephew dapat 6A 2B 2C.. kecewa jugak la beliyau..

Takpee cuba lagi semoga SPM nanti dpt yang terbaik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2016 01:20 PM | Show all posts
SMK Bukit Jelutong tingkat GPS PT3 2016

SHAH ALAM: Seramai tujuh calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, di sini, berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan yang diadakan Oktober lalu. Gred Purata Sekolah (GPS) juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.22 mata iaitu 2.42 berbanding 2.64 yang direkodkan dalam PT3 tahun lalu. Pengetuanya, Che Sapora Ibrahim, berkata pelbagai inisiatif dilaksana pihaknya bagi membantu kecemerlangan akademik pelajar termasuk merangka dan melaksana program khusus untuk kelompok pelajar baik, sederhana dan lemah melalui Program Champion, Juara, dan Hero. "Kami melaksanakan program akademik ini sepanjang tahun dengan menggunakan kepakaran tenaga pengajar dalaman serta luaran dengan bantuan dan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini. Seramai 330 calon sekolah itu menduduki pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang turut menilai Pentaksiran Aktiviti, Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta penilaian psikometrik pelajar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/225289
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.378358 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list