CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 0

Setakat Ini, Jangkitan Virus Zika Bertambah Jadi Lapan Kes- KP Kesihatan

[Copy link]
Post time 19-12-2016 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Satu lagi kes jangkitan virus Zika dikesan melibatkan seorang lelaki berusia 67 tahun dari Petaling Jaya, menjadikan jumlah keseluruhan lapan kes dilaporkan di negara ini.


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya menerima laporan jangkitan itu pada 14 Dis lalu yang dikesan melalui Sistem Survelan Virus Zika.


Jelas beliau, pesakit terbabit telah mengalami gejala demam, loya dan cirit-birit pada 28 Nov dan menerima rawatan pertama pada 30 Nov di Klinik Kesihatan Tangling tetapi ujian darah tidak menunjukkan kelainan yang signifikan.

"ada 1 Dis, pesakit kembali ke klinik dengan gejala bisa badan dan sendi namun saringan denggi menunjukkan keputusan negatif, dan kes dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Petaling sebagai disyaki denggi dan pesakit diminta kembali setiap hari bagi memantau ujian darah."


Tambah Datuk Dr Noor Hisham, aktiviti kawalan telah dilaksanakan di lokaliti kediaman dan tempat-tempat lain yang pernah dilawati pesakit di samping mengambil sampel darah dan air kencing keluarga terdekat untuk ujian saringan Zika.


Masyarakat dinasihatkan untuk memastikan kawasan di dalam dan di luar rumah sentiasa bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mengambil langkah-langkah perlindungan diri daripada gigitan nyamuk.- CARI

sumber foto: CARI Grafik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.052925 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list