View: 53387|Reply: 194
|
Pelakon Riezman Khuzaimi Tamat Zaman Duda, Nikah Datuk Normaziah. Lupa nafkah an
[Copy link]
|
|
Edited by bini_fl at 6-3-2017 08:37 PM
Pelakon dan ahli perniagaan, Riezman Khuzaimi, 46, menamatkan zaman duda apabila menikahi wanita yang mendapat jolokan 'Iron Lady', Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 47, di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2 petang, semalam.
Riezman berkata, mereka tidak berniat merahsiakan majlis berkenaan, sebaliknya ia diadakan secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri kira-kira 40 orang ahli keluarga terdekat.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Cuma majlis nikah kami dibuat secara tertutup bagi menghormati permintaan keluarga masing-masing," katanya yang sebelum ini menduda selama dua tahun.
Katanya, majlis merisik berlangsung di Shah Alam, pada September lalu selepas hampir enam bulan mengenali hati budi masing-masing.
Mengenai wanita istimewa di hatinya itu, pelakon terbabit menyifatkan Normaziah sebagai insan yang sangat merendah diri biarpun dikenali sebagai usahawan berjaya selain penuh dengan sifat keibuan selain memahami.
"Beliau membuatkan saya tidak berasa canggung apabila berada di sisinya malah pengalaman berdepan kegagalan rumah tangga seperti saya membuatkan kami lebih memahami satu sama lain," katanya lagi.
Sementara itu, pada majlis pernikahan semalam pengantin lelaki menyerahkan sebentuk cincin bersama mas kahwin berjumlah RM300, tanpa wang dan dulang hantaran.
Pasangan terbabit juga akan diraikan di sebuah hotel di Shah Alam pada 24 Disember ini.
Terdahulu, Riezman pernah berkahwin dengan pelakon, Kartina Ayub, pada 2001 namun berpisah pada 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Afiq Kiraman, 13, dan Ruzain Nars, 8.
Kartina pula mempunyai seorang lagi anak daripada perkahwinan terdahulu, Tatiana Batrisya, 21.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 16-12-2016 06:28 PM
Mcm lawa je bini dia..
Xlawa pon uollss muke mcm lebih suntik botox. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ingatkan mak umi nazeera dari nama tu ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pocongkiutss at 16-12-2016 06:38 PM
Eh doublepost |
|
|
|
|
|
|
|
Datuk ni klu x silap dlu dia ade produk kecantikan juga kan?? nme KY ke ape.skg business partner simply siti klu x silap. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya awloh. Dalam opis ke tu potret kat blakang sebesar alam ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dejure replied at 16-12-2016 06:36 PM
Datuk ni klu x silap dlu dia ade produk kecantikan juga kan?? nme KY ke ape.skg business partner sim ...
Yup betul.
Tapi dgr2 nak quit SS nak focus core business & rumahtangga |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah. Tak membazir pun. Buat apa yg wajib. Moga berbagia selalu kalian berdua. Nama pun usahawan mesti pikir panjang tak membazir ngan majlis mewah mewah. |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 16-12-2016 06:35 PM
Iols ingatkan mak umi nazeera dari nama tu
I ponnn. And i ingat lelaki tu pereka fashion ituuu
Motip sgtttt |
|
|
|
|
|
|
|
Aku fikir fahsion designer ituuuuuuuuuuu...tp xkanlah sudah 46...rupa2nya pelakon ituuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan dengan datuk maznah iron lady syarikat security. |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru replied at 16-12-2016 07:29 PM
Ingatkan dengan datuk maznah iron lady syarikat security.
Yang tu dah kertu kekeringan sangat dikkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Cess.. meols dengar kat radio tadi ingatkan rizman ruzaini tu yg kawen. |
|
|
|
|
|
|
|
riezman dgn kartina dulu macam pasangan bahagia sangat. Kenapa dorang cerai ek? |
|
|
|
|
|
|
|
lotionmilo replied at 16-12-2016 06:59 PM
I ponnn. And i ingat lelaki tu pereka fashion ituuu
Motip sgtttt
Kahkahkah. Aku terfikir yg psl pereka fesyen tu jek. Hengatkan dia. Bila baca smpi kartina ayub baru teringt pelakon tu. Huhu
N otak aku baru berhubung... pereka fesyen duo tu rizman ruzaini sorg dah kawen.
Yg aku terbyg tdi rizalman. Kikikiki. |
|
|
|
|
|
|
|
wah.. tak sangka dalam diam dah kawin baru.. tahniah.. baru jer jumpa masa kat MAHA baru nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
X kenal pun datuk normaziah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru replied at 16-12-2016 07:29 PM
Ingatkan dengan datuk maznah iron lady syarikat security.
Me pon sama..tp fikir umur cam muda sgt tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|