CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1867|Reply: 12

19 Disember Ini, Lembah Klang Bakal Mengalami Gangguan Bekalan Air!

[Copy link]
Post time 16-12-2016 09:56 AM | Show all posts |Read mode


Kira-kira 3,892,641 pengguna di Lembah Klang akan terjejas akibat gangguan bekalan air pada 19 Disember ini.


Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail melalui satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.


Memetik laporan mstar, difahamkan gangguan air itu disebabkan kerja penyenggaraan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang Bukit Badong, Hulu Selangor pada 19 Disember.


Dijangkakan gangguan air tersebut akan berterusan selama 16 jam dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.


Beberapa kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur akan terjejas kerana ia melibatkan tiga loji rawatan air yang membekalkan air kepada 60 peratus penduduk di Lembah Klang.


Loji rawatan air (LRA) yang terjejas adalah LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.


Pengguna boleh merujuk kepada laman web www.syabas.com.my untuk maklumat terperinci berhubung gangguan ini.- CARI

sumber foto: Grafik CARI




sumber foto: http://img.astroawani.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa tadah air siap2 malam ahad tu. Monday blues sampai tak mandi ya. Menggelupur warga opis nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:32 AM | Show all posts
dah bagitau awal
jadi tadah la siap2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Yusssss cash lah khanz selayaknyalah dkt ummah selangor.
.@modgengadee sila berak awal2 iya takut kena konvoi berjumaah ke n9 cari jamban.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 11:48 AM | Show all posts
bukan ke tangki air kat umah tu bleh tahan sekurang2 2 hari?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni akak kene berak ala cine la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2016 12:01 PM | Show all posts
Rumah yg ramai penghuni kena alert. Yg tak ramai no prob. Air tangki boleh tahan mentakat sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 01:26 PM | Show all posts
ritu isu pencemaran LRA sg semenyih yg tutup.
ni LRA sg. selangor 1,2,3, maksudnya yg affected masa kes pencemaran tu x terlibat lah kan. hopefully x lah sbb area rumah aku dh kena masa kes LRA semenyih tu. malas betol nk simpan air. ritu nasib baik air tangki blok aptment aku boleh tahan smpi 2-3 hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 01:55 PM | Show all posts
last week pun sama xde air, x ingat da alasan apa
next week lagikk...
asyik xde air jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 02:01 PM | Show all posts
matchstick replied at 16-12-2016 01:26 PM
ritu isu pencemaran LRA sg semenyih yg tutup.
ni LRA sg. selangor 1,2,3, maksudnya yg affected mas ...

Rumah area mana? Ampang, gombak, ulu kelang sume kene. Hadoilah.. Udahlah masa tu ramai kat rumah semua ank2 balik, kalau kami berdua je no hal..hari ni dah mula isi air dlm bekas2 dah buat slowly..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 02:29 PM | Show all posts
arasham replied at 16-12-2016 02:01 PM
Rumah area mana? Ampang, gombak, ulu kelang sume kene. Hadoilah.. Udahlah masa tu ramai kat rumah  ...

rumah area serdang.. dlm daerah petaling. tp mngkn x kena dh kot.. sbb punca air area sini sama dgn area kajang n bangi..dr LRA semenyih tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 02:35 PM | Show all posts
Nak kena tambah tong simpanan air lagi 2 atau 3 buah la jawapnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 03:12 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 16-12-2016 11:48 AM
bukan ke tangki air kat umah tu bleh tahan sekurang2 2 hari?

depend gak le
ada certain umah, penghuni je ada 10 org
mak
ayah
atuk
nenek
abg long
bini abg long
anak buah - 3 org
bibik
adik bongsu

kalo stok2 yg duk single tu ok le lagi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.443598 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list