Seorang wanita di Mendoza, Argentina telah membuktikan walaupun memiliki badan gemuk dan berat mencecah 120 kg, ianya bukanlah penghalang dari memenangi pertandingan ratu cantik.
Foto: Facebook
Estefania Correa boleh dijadikan idola wanita di luar sana selepas berjaya dinobatkan sebagai ‘Ratu Vendimia’, sebuah pertandingan yang diadakan sebagai salah satu acara dalam festival membuat wain tahunan di barat Wilayah tersebut.
Wanita gempal tapi comel yang mewakili Colonia Segova ini turut digelar sebagai 'Ratu anti-diskriminasi' selepas memberi ucapan yang spontan dan penuh inspirasi.
Foto: Facebook
Dia berjaya memecahkan streotaip 'Barbie Queen' dan menganggap Vendimia bukan sahaja sebuah pertandingan malah lebih dari itu.
Sudah bergelar model selama tiga tahun, Estefania sangat gembira dan memetik kata-katanya,
"Kehidupan bukan hanya mempunyai badan dan wajah yang cantik, tapi lebih daripada itu."
Foto: Facebook
Wah, memang benar belaka apa yang diucapkan oleh wanita ini. Berbanggalah dengan apa yang dimiliki dan jadikan kekurangan itu sebagaic sumber kekuatan dalam diri kita. -CARI